Rentetan daripada liputan berita TV3 pada 30 & 31 Julai 2009, berhubung nasib seorang ibu tunggal yang tiada pekerjaan dihalau keluar dari flet Seksyen 8 Kota Damansara, Pemuda UMNO Subang menganggap tindakan Kerajaan Negeri itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
Ketua Pemuda UMNO Subang, Harrison Hassan berkata, tindakan Kerajaan yang zalim itu adalah atas alasan bahawa beliau telah gagal melunaskan sewa bulanan bagi beberapa bulan yang jumlahnya telah kian meningkat.
Namun demikian setidak-tidaknya satu kaedah bayaran ansuran yang lebih fleksibel seharusnya ditawarkan kepada beliau sebelum langkah terakhir diambil. Kemanakah beliau hendak mengadu nasib dan menumpang tempat berteduh sekiranya kerajaan negeri sendiri yang bertindak sedemikian. Bagi kami, tindakan sebegini hanya datangnya daripada sebuah kerajaan ‘zaman purba’.
Kadar sewa bulanan yang dikenakan selama ini oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebanyak RM250 adalah tidak munasabah. Kadar sewa bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) negeri Selangor telah dinaikkan dari RM124 sebulan kepada RM250 sebulan, berbanding semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.
Pemuda UMNO Bahagian Subang melihat kenaikan kadar sewa lebih 100 peratus ini, satu bentuk penganiayaan dan penindasan kepada golongan berpendapatan rendah khususnya yang terangkum didalam kategori kemiskinan bandar. Tindakan ini ternyata tersimpang jauh daripada konsep ‘negeri kebajikan’ yang dilaung-laungkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) selama ini.
Kenaikan kadar sewa ini amatlah tidak wajar dalam situasi sekarang memandangkan peningkatan kos sara hidup yang tinggi, terutamanya kenaikan mendadak harga barangan harian.
Di samping itu juga, kenaikan ini secara terang-terangan tidak seiring dengan usaha-usaha kerajaan persekutuan yang mengambil langkah proaktif dengan menurunkan harga minyak, kadar tol dan kempen penurunan harga barangan harian bagi meringankan bebanan rakyat.
Pemuda UMNO Subang membidas dengan kerasnya polisi serta tindakan kerajaan negeri Selangor yang sememangnya mengambil kira keuntungan semata-mata. Kami mahu mengingatkan Menteri Besar serta seluruh EXCO kerajaan negeri agar lebih prihatin dengan kebajikan rakyat miskin Selangor.
Rakyat mula melihat belang sebenar kerajaan pakatan rakyat yang hanya pandai ‘beretorik dan bercakap kosong’.
Jelas muslihat pilihan raya pakatan rakyat dengan janji air percuma, tetapi tekan rakyat miskin dengan kenaikan sewa rumah. Janji harapan baru dan keadilan pada pilihan raya, tetapi apabila berkuasa pakatan rakyat zalim kepada yang miskin, rasuah dan penyelewengan duit rakyat semakin menjadi. Rakyat sudah mula bercakap-cakap tentang pakatan rakyat sudah menjadi pakatan rasuah.

0 Komen
Post a Comment