BUANG POLITIK TIDAK MATANG @ BUANG PEMIMPIN YANG TIDAK MATANG?

Apa yang aku nak bangkitkan hari nie, merujuk kepada kenyataan DS Najib dalam blog 1 Malaysia yang mana PM berkata, sudah tiba masanya semua pihak khususnya mereka yang berstatus pemimpin mengamalkan politik yang lebih matang demi masa depan negara yang lebih cemerlang.

Persoalannya, haruskah kita membuang politik tidak matang ataupun kita pecat sahaja pemimpin yang mengamalkan politik tidak matang dan hanya pentingkan diri dan kedudukannya. Pemimpin yang hanya membuat adu domba dan merosakkan parti pada dasarnya adalah pemimpin yang merosakkan nama baik UMNO keseluruhannya.

Kerana pemilihan UMNO yang lepas... masih belum menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO dari segenap lapisan sedar bahawa UMNO pada hari nie berada di tahap paling kritikal, tidakkah aku katakan tenat tetapi sikap tidak SEDAR DIRI ini boleh membawa kepada ‘kematian UMNO’ itu sendiri.

Oleh itu, UMNO pada hari nie kena berani buat tindakan drastik untuk memecat pemimpin dan mengantung status satu-satu bahagian yang cenderung kepada membawa perpecahan yang jelas akan menjadi penanda aras kepada sokongan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO dan BN pada PRU kelak.

Dengan mengambil contoh perpecahan dan sikap ‘tikam belakang’ di kalangan pemimpin UMNO di Permatang Pauh hingga 3 daripada Pilihanraya Kecil di dalam bahagian Permatang Pauh termasuk Penanti.... BN kalah.

BN kalah bukan disebabkan tidak mendapat sokongan pengundi tetapi BN kalah sebab UMNO Permatang Pauh tidak menunjukkan komitmen dan menjadi contoh tidak baik kepada pengundi di Permatang Pauh.

Oleh itu, satu pendekatan drastik harus diambil untuk membersihkan UMNO. Pecatlah pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri dengan merosakkan nama baik UMNO atau UMNO akan terus dipinggirkan sekiranya masih ada usaha-usaha untuk selamatkan pemimpin kita yang hanya pentingkan diri.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment