KE MANA ARAH MIC.....? : Kepentingan Samy atau kepentingan BN jadi sandaran?

Bukan nak masuk campur urusan MIC, tapi arah tuju yang akan ditentukan perwakilan MIC hari ini pasti memberi kesan yang cukup besar kepada BN khususnya dalam mendapatkan semula keyakinan dan sokongan rakyat khususnya kaum India kepada MIC dan BN di masa akan datang.

Siapa Presiden, bukan persoalannya hari ini tetapi jawatan no 2 parti yang menyaksikan calon pilihan Samy, Datuk G Palanivel bersaing untuk mempertahankan jawatan sementara bekas Timbalan Presiden yang cuba merebut semula kedudukan, Datuk Subramaniam dilihat sebagai calon pilihan jika tidak diancam oleh kuasa ‘diktator’ Presiden selain orang muda yang sebelum ini Naib Presiden yang cuga orang kepercayaan Samy satu ketika dulu, Datuk S Sothinathan yang juga mahu mencuba nasib sebagai Timbalan Presiden.

Apapun pokok persoalan dan pilihan perwakilan harus menjurus ke arah memperkasakan semula MIC selain membantu BN dalam mendapat sokongan rakyat keseluruhannya.

Jangan hanya pentingkan diri sendiri selain mempunyai motif tersembunyi, Samy cuba mempermain-main proses demokrasi walaupun dalam MIC yang dia hanya sebagai Presiden....

Suara akar umbi haruslah di ambil kira selain memberikan peluang sewajarnya perwakilan membuat pilihan tanpa dikenakan ancaman dan peras ugut, sebagai lambang demokrasi diamalkan secara menyeluruh dalam Negara kita.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin berkata, jika Presiden MIC itu tidak berubah, pihak yang akan mendapat kesan daripada tindakan itu adalah BN.

''Samy Vellu harus melihat kepada BN kerana MIC adalah komponen BN. Jika MIC tidak berubah dan dipandang rendah oleh kaumnya, maka yang akan terkena tempias adalah BN. Malah, ini terbukti pada lapan pilihan raya kecil apabila masyarakat India terus menolak BN dan memberi sokongan kepada pembangkang," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan pelbagai pihak supaya Samy Vellu berundur secara terhormat daripada terus kekal menerajui parti itu dan dengan penuh bertanggungjawab membiarkan ahli peringkat akar umbi memilih pemimpin terbaik secara demokrasi.

Tun M kata : "Orang ramai tak terima kepimpinan Samy Vellu. Kenyataan saya ini mungkin beliau tak suka nak dengar, tapi saya harus jujur dalam perkara ini. Saya sudah perhatikan dan menyokong beliau untuk satu tempoh yang lama. Jika kamu tidak b...oleh mengubah parti dan strategi lama kamu tidak berhasil, mungkin kamu kena berundur"......
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment