PERALIHAN KUASA GPMS

22 November ini, akan tercatat satu lagi sejarah kepada GPMS. Tanggal 22 November ini, satu lagi nama akan tercatat sebagai Presiden GPMS selepas penyandang, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican yang mula memegang amanah sejak 2006 selepas badai menimpa GPMS, tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden.

Kenapa sepenggal sahaja. Mungkin itu jadi persoalan kepada pencinta-pencinta GPMS? Kenapa masa berebut dulu dengan Suhaimi Ibrahim, heboh seMalaya tapi bila sudah diamanahkan menjaga GPMS, Reezal pergi selepas sepenggal sebagai Presiden.

Lantaklah apa orang nak kata, itu bukan persoalan bagi aku. Yang penting, ke mana hala tuju GPMS selepas ini?

Siapa penganti Reezal? Dua nama disebut-sebut sebelum ini untuk menerajui dan mengantikan Reezal. Siapa?

Rosdi Amir dan Jais Karim, dua Naib Presiden yang dikatakan berminat selepas Timbalan Presiden, Syed Anuar Syed Mohamad dan seorang lagi Naib Presiden, Hang Tuah Din hilang kelayakan bertanding atas faktor umur.

Namun, sehingga malam tadi, aku dimaklumkan bahawa perbincangan yang diadakan `sesame sendiri’, tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden apabila Rosdi-Jais berKOMPROMI bagi mengelakkan perpecahan dan keretakan dalam GPMS.

Kompromi tersebut menyaksikan Rosdi sebagai Presiden dan Jais hanya berpuas hati untuk jawatan Timbalan Presiden. Sampai bila kompromi ini akan bertahan?

Tidak adakah calon-calon lain yang mengidam dua jawatan tersebut atau GPMS hanya untuk Rosdi dan Jais?

Apapun keputusannya, siapa pun yang bakal memimpin GPMS Kebangsaan selepas ini, aku akan terus menyokong dan memberikan kerjasama terbaik untuk meletakkan GPMS di atas landasan yang sebenar.

Buat pencinta-pencinta GPMS, SEDARlah :

SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu

SEDAR atas kemunduran kita di alam pengetahuan

SEDAR atas kewajipan kita untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa

SEDAR bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu terletak di tangan kita.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Cucu Pendita Zabar
    12:21 PM

    Tahniah kerana berani berubah, NAMUN jika perubahan itu ke arah satu kebaikan ia satu rahmat, sebaliknya jika ia menyumbang kepada kemunduran pertubuhan, ia satu malapetaka malang....

  2. Anonymous
    10:22 PM

    tok dok ckp apa lah lagi senang takat input rhetoric.

    (kalau tak tau apa apa pasal GPMS .. dok diam diam lah.)

  3. tahniah untuk yang menang bertanding.
    selaku komiti PAT ke-55, aku penat. warghh!!

    tapi aku happy jugak. uyeh!

Post a Comment