HARAM SERTAI PROGRAM BTN: Kerajaan Selangor Takut Bayang-Bayang Sendiri

Saya juga pernah menjadi pelajar dan pernah mengikuti kursus BTN. Sehingga hari ini saya masih berterima kasih kepada BTN kerana membantu membangunkan diri saya untuk menjadi warganegara yang baik. Bagi saya, mereka yang tidak berterima kasih bukanlah warganegara yang baik, sama tarafnya dengan Namawee yang sehingga kini masih mencemuh negara kelahirannya sendiri.

Saya tidak nampak di mana salahnya BTN dalam menjalankan fungsinya sebagai satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Mereka ini hanya nampak satu titik hitam di atas sehelai kertas putih. Modus operandi mereka sama sepertimana yang mereka lakukan untuk menghapuskan ISA.

Bagi mereka, apabila ISA sudah terhapus, bebaslah mereka untuk melakukan kejahatan terhadap negara. Begitu jugalah, apabila pelajar mula dihalang untuk mengikuti aktiviti BTN, maka mudahlah untuk mereka menyesatkan lagi pemikiran pelajar-pelajar pewaris negara ini dengan sejarah-sejarah negara yang diselewengkan.

Salah satu fungsi BTN juga adalah untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan. Adakah pelajar-pelajar di bawah kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS tidak berhak tahu mengenai dasar-dasar kerajaan ini sedangkan kebanyakan dari mereka juga merupakan peminjam PTPTN yang juga merupakan sebuah agensi di bawah kerajaan Pusat.

Seharusnya mereka sebagai orang yang menyokong demokrasi membenarkan para pelajar untuk duduk mendengar pula dari pihak yang lain. Berikan kebebasan kepada pelajar. Jangan heret mereka ke kancah politik kotor yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pemikiran yang waras.

Pelajar adalah pewaris kepimpinan negara. Kerana kita sayangkan merekalah, maka mereka ini didedahkan dengan fakta. Bukan seperti mereka itu yang hanya mendedahkan perkara-perkara yang auta dan bersandiwara semata-mata.

Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebenarnya cuba memesongkan pemikiran rakyat disebalik isu dan keretakan kerajaan PR ini dengan menjadikan BTN sebagai `kambing hitam’ dalam menutup kelamahan-kelemahan mereka ini.

Hakikatnya, kursus dan program-program BTN bukanlah menyuruh atau mengarahkan peserta dan orang untuk menyokong mana-mana parti politik tertentu, tetapi program-program yang dianjurkan adalah untuk menyintai dan menghargai kemerdekaan tanah air (Negara).

Kalau kita sayangkan tanah air maka keamanan dan kemakmuranlah yang paling penting. Untuk mencapai keamanan perpaduan perlu diberikan keutamaan. Sekarang apa yang dapat dilihat, Pakatan Rakyat yang berusaha untuk memecah belahkan kaum dan rakyat, khususnya di Selangor.

Pakatan Rakyat sengaja menimbulkan isu perkauman untuk menagih simpati dan menutup pepecahan yang sedang berlaku pada mereka. PR takut pada BTN kerana takut rakyat akan sedar akan penipuan mereka selama ini.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

8 Komen

  1. Semanggigunung
    8:57 PM

    PR memang takut dalam banyak hal.

    Mula-mula kita dikejutkan bila mereka, atas alasan kesamarataan telah menolak DEB kerana membantu Melayu dan Bumiputra. Melalui DEP pun orang Melayu dan Bumiputra baru memiliki hanya 19% pembahagian harta negara.

    Kini mereka takut pula kepada BTN, kerana BTN membimbing anak-anak Melayu mengenal jerit payah kerajaan menjaga kepentingan Melayu/Bumiputra waspada dan membantu membina negara.

    Sebelum ini ada pemimpin mereka (Melayu)menyuarakan tidak puas hati dengan kedudukan orang Melayu sebagai peneraju di Universiti2. Mereka mahu Kesamarataan.

    Lepas ini banyak lagi yang mereka pertikaikan dan membuat tuntutan.

    Kalau yang belum sedar tu, bangunlah.

  2. Anonymous
    9:32 PM

    Salam perjuangan semua,

    MasyaAllah, apa lg yang nak dibuat oleh pakatan rakyat ni????

    Bila baca ulasan dari Exco Selangor pakatan rakyat kata anak dia dibekalkan dengan buku menghasut untuk benci pembangkang, saya sebak mengingatkan kembali kenangan semasa di BTN, kerana perkara itu tidak ada di BTN...di sana kita diberikan pendedahan mengenai fakta sejarah yang memang realiti (telah berlaku) dan bukannya fantasi (yg sentiasa diciptakan oleh pembangkang)...

    Apa lagi yg mereka nak rosakkan negara Malaysia..

    Sebak bila exco melayu sendiri yg memberikan cadangan tersebut...

    ya allah, engkau lindungilah kami dari kesesatan di dunia dan juga akhirat...bukakanlah pintu hati mereka2 yg begitu terlampau membenci untuk bersatu..amin...

    saya meminta semua supaya mempertahankan BTN...tidak ada salahnya BTN tersebut..kenapa perlu pakatan rakyat takut??

    Warisan Negara perlu dipertahankan.

    Nik
    Daejeon

  3. Anonymous
    10:01 PM

    Assalamualaikum,

    Salah seorang YB Melayu Yang Sokong termasuk yang masih hingus meleleh, tidak pernah rasa membangun bersama Negara dan melalui 13 Mei 1969 macam Mak Cik. Mereka sedang membuat sesuatu yang akan mereka sendiri kesali satu hari nanti.

    Satu hari yang mungkin sudah tidak bererti lagi bagi orang Melayu Selangor. Bila segalanya dibawah telunjuk DAB mesti dapat kebenaran dari ba alif ba ya ba alif ba ya tu dulu.

    Orang Melayu yang mahu bersekongkol dengan DAP supaya generasi muda LUPA pada jasa pemimpin terdahulu, lupa pada sejarah negara yang sebenarnya!! Betul betul macam Singapore.

    Elok kalau kita jumpa YB Melayu ini, kita ludah sahaja muka mereka.

  4. Anonymous
    10:43 PM

    Aku nak letak muka YBABI Melayu ini atas jalan dan aku pijak sampai hancur.Sebelum negara aku yg tercinta ini di pijak2 musuh dl selimut....

    Aku menjadi lebih bermotivasi sejak keluar dari krusus BTN.

    KEE

  5. Assalammualaikum.
    Salam satu malaysia.
    Mai kita cari anak2 yang sokong BN saja p krusus kat BTN tu,peduli apa dengan orang depa bodoh sombong pulak tu.
    pi raaaah.

  6. Bila pula kerajaan Selangor HARAMkan penyertaan program BTN? Mengapa diletakkan kerajaan Selangor begitu tinggi sehingga berhak mengHARAMkan sesuatu perkara?

  7. awal tahun ni aku sertai BTN. ya, memang pihak Pakatan Rakyat membesar-besarkan cerita, tetapi aku rasa, apa yang dipercakapkan oleh mereka ada kebenarannya.

    jangan salah faham, aku bukan penyokong fanatik Pakatan Rakyat (atau Barisan Nasional).

    Masa aku menjalankan kursus BTN hari-hari aku kena dengar "Anwar pengkhianat negara, DAP nak hapuskan hak orang Melayu, Islam Hadari (masa tu SatuMalaysia tak wujud lagi), tanpa UMNO Malaysia hancur, bla bla bla"

    Nampak sangat BTN dipergunakan untuk berkempen. Sepatutnya BTN digunakan untuk memupuk semangat sayangkan negara, bukan sayangkan UMNO/Barisan Nasional.

    Mengapa setiap pagi masa BTN aku kena dengar puji-pujian kepada UMNO dan Barisan Nasional dan memorendum Barisan Nasional?

    Bukankah lebih baik kalau kita menghayati rukun negara daripada menghayati Hak Keistimewaan Bumiputera dan Orang Melayu?

    Tapi, selain dari kata-kata/ucapan-ucapan yang sangat berat sebelah terhadap UMNO/Barisan Nasional, waktu aku di BTN bukanlah pembaziran semata-mata. Pengembaraan dalam hutan/flying fox/aktiviti-aktiviti luaran semua tu memang seronok. Aku rasa lebih baik kalau BTN lebih fokus kepada semangat bersatu-padu dan sayangkan negara. Kita kena ingat, tak semua orang sokong Barisan Nasional dan tak semua orang sokong Pakatan Rakyat.

  8. Anonymous
    5:45 PM

    salam..saya teringin bersuara disini, bahawa program btn yg saya pernah ikuti adalah penuh dengan unsur perkauman, menyedarkan bangsa melayu bahawa betapa orang cina telah kuasai melayu, betapa melayu hanya tinggal kuasa politik dan orang cina disni sebagai watak jahat manakala orang melayu pula watak baik. boleh ke camtu? takde sapa baik, melayu ke cina ke..kenapa nak kira bangsa,Allah tak pernah bezakan bangsa, kalaulah semua cina, india kita ajak mereka kepada kalimah tauhid yang kita ada. mereka suma jadi saudara kita. ni tidak..implemenkan kebencian anak2 melayu kepada bangsa cina. kawan serumah saya dahulu fasi btn, penuh kebencian dgn org cina, tak tau kenapa. byk cd dia bawak dari btn mengutuk pemimpin pembangkang, nampaknya sama sahaja bn ke pr ke semua buruk. baik bersatu bawah satu kalimah, bukan bersatu bawah bangsa!

Post a Comment