Pemuda Bantah Kenaikan Harga Gula

Kemeriahan sambutan tahun baru 2010 berbantut dan diseliputi awan duka dengan pengumuman kenaikan harga gula sebanyak 20 sen. Disaat Dunia menjangkakan ekonomi akan beransur pulih,rakyat dikejutkan dgn kenaikan mendadak ini.

Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdous Tan Sri Megat Junid berkata, Pemuda UMNO merasakan perkara ini tidak patut berlaku. Walaupun sekadar 20sen tetapi ianya memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat negara terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Pemuda UMNO berharap kenaikan harga gula ini diBATALKAN atau ditangguhkan demi menghayati konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan...

“Pemuda UUMNO sedar kerajaan Malaysia sedang mendidik rakyat agar mengurangkan pengunaan gula,tetapi dengan cara menaikkan harga gula, sebenarnya kerajaan(kementerian) membebankan rakyat.

Kaedah lain harus diambil bagi mendidik rakyat. Dalam konteks kenaikan gula mentah dunia,Pemuda Umno berharap kerajaan serta pekilang yg selama ini mengaut keuntungan, menanggung beban harga kenaikan agar rakyat Malaysia dapat menarik nafas lega meneruskan kehidupan seharian,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada pihak media.

Pemuda UMNO Malaysia juga berharap "Roti Putih" tetap disenaraikan sebagai bahan kawalan kerana khuatir pihak pengeluar roti akan sewenangnya menaikkan harga roti.

Adakah roti selepas ini akan menjadi bahan makanan mewah?? Rakyat Malaysia merunggut, dan kami Pemuda UMNO akan sentiasa mendengar runggutan serta bersuara untuk Rakyat.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    2:38 PM

    katakan anda ketuanan melayu..kenapa gula naik 20 sen pun nak panik anda makan gula berapa kilo sehari ?.. come on sebenar nya ekonomi kita ni tak betul sebab semuanya subsidi kalau betul nak tolong orang susah bagi la .. kopon macam beras tu baru la betul...

Post a Comment