Assalammualaikum...
Lama betul aku menyepi.... aku bercuti dari blog Sahabat Gunung nie. Selain masalah peribadi, aku juga perlu menyelesaikan beberapa perkara lain yang amat penting dalam kehidupan aku.
Kini, aku kembali dengan harapan terus diberikan akal fikiran yang matang untuk mencoretkan sesuatu di blog aku ini. Lantak koranglah nak kata apa, tapi apa yang aku lihat sejak kebelakangan ini, isu-isu yang terjadi sejak kebelakangan ini menampakkan bahawa DSAI terus memainkan peranannya untuk menghancurkan dan memecah-belahkan Melayu.
tak perlu komen isu penggunaan kalimah "ALLAH" oleh orang bukan beragama Islam, tapi cukuplah kalau aku katakan, kalau ia berterusan dan tidak ditangani dengan bijaksana oleh pihak berkuasa malah diri kita sendiri sebagai pendokong kedamaian sejagat, nescaya unsur-unsur luar akan masuk untuk menghancurkan keamanan dan kemerdekaan yang sejak sekian lama kita nikmati ini.
Berfikirlah dan bertindaklah dengan cara yang matang. Fikirkanlah masa depan anak-anak di kemudian hari. Esok masih ada dan esok untuk kita menebus hak dan maruah bangsa.


11:14 AM
zal aku memang tentang habisan pasal penggunaan kalimah yang Maha Esa itu oleh agama lain. tapi kita dalam Umno ni perlu gak sedar n ambil berat tentang hukum syarak dan apa yang di suruh oleh NYa. jangan asyik duk sembang jer lebih. orang pegi smayang kita duk meraung entah apa-apa lagi. cuba lah pimpin orang muda kita supaya dekat lagi dengan apa yang di suruh oleh Allah SWT. nascaya itu lebih utama. dan jika kita tidak amalkan benda ni maka ini lah natijah yang kita dapat. dan baru lah kita nak bkokok. dah tak der makna nyer zal.