Kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor semakin rancak. Kedua-dua calon sibuk ke sana - ke sini untuk meraih undi, untuk memastikan kemenangan masing-masing. Dari 4, dah tinggal dua. Yang dua tu, hilang telor ker?
Dalam masa sama, bak kata Ahmad Maslan....menjelang hari pengundian 25 April nie, BN dah dapat 4 bonus.... Bro, bonus kepada pengundi camna plak....
Apa yang aku nak kata nie, sejak beberapa hari nie, ramai plak orang-orang KANAN DSAI, YB PKR dan ahli-ahli PKR keluar parti, ada yang jadi BEBAS dan ada juga yang dah melompat masuk UMNO dan akan bersama dalam perjuangan memenangkan calon BN di Hulu Selangor.
Macam biasa, biasa ada sahaja isu `katak‘ nie berdendang di Malaysia, pakaran haram mulalah berdendang berapa banyak duit dah dilaburkan kepada si katak-katak nie. BN dan UMNO dah beli katak untuk menangkan mereka.... macam biasa, halal kepada mereka pakatan yang haram, haram kepada BN yang halal berdaftar sebagai sebuah parti yang sah.....
Aku pun tak suka gak kalau `katak-katak’nie diberikan peranan yang besar dalam kempen PRK atau dalam BN sendiri dalam masa terdekat ini sebaliknya berikan masa kepada mereka untuk buktikan kesetiaan dan kejujuran mereka untuk berjuang bersama UMNO dan Barisan Nasional..... Jangan main tangkap muat ajer tetapi bantuan dan kerjasama mereka amat dihargai dan disanjung tinggi.


11:30 AM
Bro,
Katak-katak yang lompat kali ini tak perlukan duit dari Umno sebab mereka memang tergolong dari orang-orang yang memang mempunyai duit dan ahli-ahli proffesional.
kalau setakat beri 10 juta untuk Dr Halilie dan Sarifudin pun mereka tak pandang sebsb, mereka nie orang yang berperinsip.