Tahniah kepada PKR kerana menamakan Zaid Ibrahim sebagai calon PKR dalam Pilihanraya Kecil yang bakal berlangsung 25 April nie.
PKR benar-benar memahami dan memenuhi aspirasi RAKYAT HULU SELANGOR yang mahukan seorang calon Melayu untuk mewakili hampir 65,000 pengundi di Hulu Selangor nie.
Zaid Ibrahim seorang calon yang hebat, mempunyai kewibawaan dan kehebatan sebagai seorang pemimpin yang hebat... Dia bukan sahaja pemimpin yang berwibawa malah menurut Shahril Samat, Zaid memiliki hobi istimewa...
BN akan kekal dengan semangat KJnya ‘Setiakawan’ dalam mempertaruhkan wakil mereka di Hulu Selangor ini. Siapa pilihan mereka, akan kita ketahui jam 4 petang nie.
Semoga parti-parti yang bertanding tak kira BN, PKR dan Bebas sekalipun, hormatilah warga Hulu Selangor. Jangan pergadaikan masa depan kami, jangan perjudikan nasib kami, jangan rasuah kami dengan janji-janji pilihanraya sebaliknya berjuanglah untuk memberikan khidmat yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada warga Hulu Selangor.........
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 Komen
Post a Comment