Kecewa dan tidak yakin lagi perjuangan Pas, Haji Ariff Kamaruddin atau lebih dikenali Pak Tam, keluar Pas bersama 25 lagi ahli-ahli Pas Kuala Kubu Baru untuk bersama-sama dalam perjuangan UMNO.
Apa yang lebih mengecewakan, Pak Tam mendakwa kepimpinan Pas Selangor yang diketuai oleh Datuk Hassan Ali bukan sahaja gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, sebaliknya tunduk kepada tekanan kepimpinan negeri yang diterajui oleh PKR dan Dap.
“Hari ini cukup bersejarah kepada saya, setelah sekian lama meninggalkan UMNO dan berjuang bersama Pas, tapi hari ini disaksikan Datuk Ahmad Maslan dan saudara-saudara semua, saya istiharkan keluar Pas dan memohon untuk menyertai semula UMNO. Saya dan sahabat-sahabat lain berharap agar UMNO dapat menerima kembali kami ke dalam UMNO, lupakan sengketa dulu sebaliknya berikan kami peluang dan ruang untuk memberikan khidmat kami memperkuatkan dan memperkasa UMNO khususnya di Kuala Kubu Bharu ini,” ujarnya sambil memotong kad keahlian Pas.
Pak Tam turut mengakui sentuhan peribadi Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan serta jentera-jentera UMNO menyebabkan pintu hatinya kembali terbuka untuk bersama-sama berjuang bersama UMNO.
Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berjanji akan memastikan dan menghantar permohonan Pak Tam serta 25 ahli lain ke ibu pejabat UMNO untuk diterima sebagai ahli UMNO.
“Dua tiga hari ini, ramai ahli-ahli PKR yang keluar parti tetapi hari ini, Pak Tam menjadi individu pertama meninggalkan Pas. Kita harap dengan penyertaan Pak Tam ke dalam UMNO, lebih ramai lagi penyokong dan ahli-ahli Pas sedar sandiwara dan ketidakmampuan mentadbir negeri, apatah lagi di Selangor ini.


1:09 AM
menjelang 25 April nanti calun PKR akan kehilangan depositnya dan kembonglah kocek mantan-mantan politikus yang bermisai macam tikus munduk tu.Negok gayenye ta de rupe orang PAS pung.Songkok tinggi ala-ala UMNO jee.Ko 3lines.kaki pukul dan tarik keta.
1:20 AM
memang betul kata pak tam tu. pas ni hanya jadi babi tunggangan kafir DAP je. tengoklah hassan ali pun dah take beer dengan roni komunis tu!!! langsung takde maruah si hassan ali ni. pesuruhjaya apa tu??? orang suruhan kafir DAP adalah!!!
dulu takbir!!!
sekarang take beer!!!!!!!