
GPMS Selangor simpati dengan apa yang menimpa keluarga Aminulrasyid Amzah,15 yang meninggal dunia akibat terkena tembakan polis peronda apabila remaja tersebut
GPMS Selangor berharap agar semua pihak khususnya keluarga Allahyarham agar dapat bersabar dan bertenang sehingga siasatan selesai.
GPMS yakin dengan integriti polis yang berjaya mengawal ketenteraman awam selama ini. Pada masa yang sama, pihak kami meminta kerajaan khususnya pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes ini secara terperinci dan telus bagi memastikan keadilan kepada mereka yang terbabit.
Dalam hal ini, PDRM hanya menjalankan tugas untuk mencegah kes-kes jenayah, mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku di dalam kawasan perjiranan, oleh itu kita tidak harus menyalahkan pihak polis sahaja dalam hal ini sedangkan mangsa
Pihak berwajib perlu menyiasat mengapa mangsa melarikan diri dan engkar arahan polis selain menyiasat rakan mangsa yang keluar dari kenderaan apabila kenderaan tersebut berjaya disekat pihak berkuasa.
Saya yakin, kita juga akan menyalahkan polis dan pihak berkuasa lain sekiranya berlaku kejadian jenayah di kawasan kita. Oleh itu, semua pihak khususnya masyarakat tidak memandang serong kepada tindakan polis dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman masyarakat.
GPMS Selangor juga meminta pihak-pihak tertentu untuk tidak mempolitikkan kes adik Aminulrasyid Amzah ini, dengan membuat tuduhan-tuduhan atau spekulasi yang bertujuan mengeruhkan lagi keadaan.


0 Komen
Post a Comment