Tak sampai lagi 5 jam lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Pengerusi BN akan mengumumkan calon yang bakal mewakili BN dalam PRK Hulu Selangor.
Dalam masa yang sama, 1 jam sudah berlalu untuk Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor yang juga Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat, V. Mugilan untuk menyatakan pendiriannya ataupun dia bakal dipecat dari MIC.....
Apa dah jadi nie, jika semalam Ketua2 MIC Cawangan mengadakan sidang media untuk mendesak BN menamakan bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor, Palanivel sebagai calon BN, ataupun MC akan membubarkan cawangan-cawangannya dalam Hulu Selangor.
Persoalannya kini, adakah BN akan MAMPU BERUBAH? Adakah BN akan tunduk kepada tekanan MIC atau BN akan penuhi kehendak rakyat Hulu Selangor yang ternyata menolak sama sekali G. Palanivel....? Semuanya akan terjawab 4 petang nie.
UMNO Hulu Selangor telah pun mengalah, demi semangat setiakawan dalam BN....beralah untuk terus memberikan kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada MIC, tapi kini MIC plak yang mempertikai pilihan yang bakal dibuat oleh Pengerusi BN.
Di mana letakkan asas perjuangan MIC dalam BN? Pentingkan diri sendiri atau benar-benar mahu bersama BN untuk MAMPU BERUBAH?
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 Komen
Post a Comment