UMNO merupakan sebuah parti politik. Tetapi wujudnya UMNO bukan kerana kita hendak berpolitik semata-mata. UMNO ditubuhkan kerana kita tahu bahawa melalui politik, kita boleh mempertahankan hak dan memperbaiki nasib orang Melayu, agama Islam dan Negara kita Malaysia yang kita cintai ini. UMNO dan perjuangan politiknya adalah sebagai instrument dan jentera untuk mencapai matlamat yang telah kita rancangkan.
Kita perlu kepada kuasa politik kerana kuasa politik boleh menentukan pencapaian matlamat kita. Lebih kuat kuasa politik kita, lebih mudah kita mencapai matlamat yang telah kita tentukan. Sekiranya kuasa politik kita lemah, maka sukarlah kita mencapai matlamat kita. Jika kuasa politik kita lumpuh, maka segala cita-cita orang Melayu akan menjadi angan-angan semata-mata.


6:47 PM
Pada awal penubuhan UMNO adalah untuk menyatukan orang Melayu bagi mendesak British memberikan kemerdekaan kepada negara.
PAS, ally of communist