Isu Air Selangor Dijadikan Senjata Politik Kerajaan Selangor

Pemuda UMNO Selangor melihat isu air bukanlah satu isu dan bukanlah satu bebanan kepada rakyat Selangor sebaliknya ia dijadikan senjata politik krajaan negeri Selangor bagi meraih simpati rakyat, kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa.

”Selain sebagai senjata politik untuk meraih simpati rakyat Selangor, ia juga membazir duit anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Berhad yang terpaksa berbelanja 11 juta sebulan bagi maksud tersebut sedangkan jumlah yang sama boleh disalurkan untuk keutamaan lain seperti terus kepada kumpulan sasar iaitu golongan yg berpendapatan rendah.

Ini kerana subsidi air ini tidak berjalan dengan cekap sehingga penduduk yang berpendapatan rendah yang tinggal di rumah pangsa tak dapat subsidi ini, walaupun sebelum ini dijanjikan sistem kupon namun ianya tidak terlaksana seperta apa yang disebut kerana pentadbiran yang tidak cekap,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-online.

Tambahnya, walaupun Selangor dan Lembah Klang dijangka akan mengalami masalah krisis air untuk tempoh 3 tahun akan datang, namun kerajaan negeri masih nak berselindung dengan sepak terajang politik bila mana tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan untuk projek bekalan air mentah yang hendak disalurkan dari Pahang.

”Mereka tahu bahawa projek ini tidak akan memberi impak politik untuk mereka maka itu tidak ada kerjasama daripada kerajaan negeri, akhirnya kita nampak inilah sikap mereka yang terang lagi bersuluh, meletakkan kepentingan politik mereka mengatasi kepentingan rakyat,” tambahnya lagi.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    8:56 AM

    Fakta menarik :

    1. Penggunaan 20 meter padu air di Selangor ialah RM11.40, manakala di Pulau Pinang Rm 4.40.

    2. Sumber air Selangor adalah dari Sumber dalam negeri manakala Penang diambil dari negeri Kedah...

    Selepas kenaikan sebanyak 37%. Harga 20meter padu di Selangor akan menjadi RM15.62. Siapa tertipu dan siapa menipu?

Post a Comment