(Sedutan dari Utusan Malaysia, ms4, 28 Julai 2010)
Cadangan terbaru seorang Ahli Parlimen DAP memansuhkan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor disifatkan sebagai satu petanda awal bahawa parti itu sedia menghapuskan semua hak istimewa Melayu sekiranya diberi kuasa memerintah.
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh memberi amaran kepada Tony supaya tidak bermain api dengan sengaja membangkitkan isu tersebut.
Beliau berkata, walaupun cadangan itu hanya melibatkan hartanah komersial dan rumah mewah tetapi ia memberi mesej cukup jelas iaitu DAP mahu memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu.
''Lihat, inilah bibit-bibit permulaan DAP untuk menghapuskan segala keistimewaan orang Melayu. Mereka sememangnya bercadang untuk melakukan perkara ini jika diberi kuasa memerintah.
''Pulau Pinang adalah contoh yang terbaik. Cuba jenguk nasib orang Melayu di negeri itu. Pelbagai cara dibuat untuk meminggirkan orang kita di sana. Terbaru mengenai isu projek rumah mewah di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong,'' ujarnya


0 Komen
Post a Comment