Rumah Urut Di Subang, Tumbuh Bak Cendawan

SUBANG 29 Julai – Realiti yang terpaksa diterima, di Parlimen Subang khususnya di Kota Damansara, Damansara Damai dan Damansara Perdana, pusat dan rumah-rumah urut tumbuh bagaikan cendawan sejak dua tahun yang lepas.

Ketua Pemuda UMNO Subang, Harrison Hassan berkata, Pemuda UMNO Subang khususnya bukan sahaja telah lama membangkitkan isu ini malah hairan dengan senangnya, pusat dan rumah urut ini dibuka dan tumbuh bagaikan cendawan.

“Dalam soal ini, saya merasakan pihak berkuasa tempatan harus meneliti semula cara permohonan atau proses pemberian rumah urut. Memanglah kalau kita teliti, kalau kita naik ke rumah-rumah urut ini, terpampang lesen yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi yang lebih penting apa yang berlaku di dalam rumah urut ini.

“Jadi ini tidak harus dijadikan satu alasan, ataupun satu tiket untuk rumah-rumah urut ini tumbuh bagaikan cendawan,” ujarnya kepada UMNO-online baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Subang meminta penguatkuasa Majlis Daerah meneliti seterusnya kesahihan rumah-rumah urut ini bahawa ada tak terjadi perkara-perkara yang tidak harus berlaku dalam rumah urut. Dalam masa yang sama, penelitian perlu bagi memantau orang Islam yang hakikatnya tidak dibenarkan masuk, namun tetap mengunjungi rumah-rumah urut terbabit.

“Jadi, saya melihat ini satu keretakan yang berlaku dalam penguatkuasaan Majlis Daerah yang mana kerajaan Negeri juga memainkan peranan yang amat besar dalam perkara ini,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Subang sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Penguatkuasa Majlis derah malah pernah membangkitkan hal ini kepada wakil rakyat khususnya di DUN Kota Damansara dan DUN Bukit Lanjan.

“Kami bersedia untuk memantau serta membantu apa sahaja yang diperlukan. Tetapi akhirnya penguatkuasaan yang sebenarnya ini harus dilakukan oleh majlis tempatan kerana sebagai rakyat biasa, dari segi undang-undangnya kami tidak dibenarkan memasuki rumah-rumah urut ini dan merampas sijil atau lesen dan sebagainya, atau menahan sesiapa yang masuk.

Sebagaimana yang saya katakan, terpampang lesen yang diberikan oleh Majlis Tempatan. Oleh itu, saya mintalah majlis tempatan untuk meneliti dan membuat spotcheck terhadap rumah-rumah urut ini yang banyak, khususnya di Parlimen Subang ini,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Harrison turut mengakui, sederet dengan pusat ADUN Kota Damansara terdapat banyak rumah-rumah urut, seakan-akan ADUN Kota Damansara mendiamkan diri atau membutakan mata melihat sahaja perkembangan rumah urut di sana.

“Sebagaimana yang ramai Penduduk Kota Damansara tahu, berderetan dengan pejabat ADUN juga, terdapat 2-3 rumah urut yang dibenarkan beroperasi. Jadi sepertimana yang saya sebut tadi, saya bukan tuduh sembarangan, ada juga rumah urut ini yang menjalankan, beroperasi secara sah dengan mengikut syarat-syarat yang diperuntukkan.

Tetapi akhirnya ini akan memberikan satu gambaran yang amat buruk kepada penduduk secara amnya, khususnya orang Islam kerana dibiarkan tertumbuhnya rumah-rumah urut ini dengan sewenang-wenangnya. Ini akan memudahkan khususnya anak-anak muda berkunjung ke rumah-rumah urut ini,” tambahnya. -MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    6:10 PM

    tahniah Hassan Ali dan pengikut2 dari parti PAS selangor kerana berjaya menjadikan negeri ini berkembang dengan banyak rumah urut dari mesjid. lepas tu tanggunglah dosa-dosa kerana tidak mencegah kemungkaran sekiranya ada orang islam yang berkunjung ke rumah urut. Sebagai pemimpin kononnya mempejuang Islam tuan bertanggungjawab dalam hal yang boleh membawa kepada kemaksiatan umat Islam Selangor. Jangan bila UMNO dulu memerintah nampak saja segala kesilapan pemerintah dalam mencegah maksiat. Janganlah berasa selesa menjadi pemimpin rakyat kerana tanggungjawab anda adalah besar dan akan disoal di akhirat nanti.

Post a Comment