Jangan Terperangkap Kumpulan Upahan -PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menasihati rakyat dan semua pihak agar jangan terperangkap dengan pihak-pihak tertentu yang cuba untuk merosakkan hubungan akrab antara Malaysia dan Indonesia, terutama demonstrasi ganas di Kedutaaan Malaysia di Jakarta.

Katanya, beliau tidak hairan dengan insiden tersebut kerana di Indonesia memang wujud kumpulan-kumpulan upahan yang dibayar dan didalangi oleh pihak-pihak tertentu untuk merenggangkan hubungan kita dan kerajaan Indonesia.

“Kita tidak hairan kerana di Indonesia memang ada kumpulan-kumpulan upahan, kita mesti bezakan ini tindakan kumpulan upahan yang diupah pihak tertentu untuk memburukkan hubungan.

“Kita tidak anggap ini sebagai mencerminkan pemerintahan Indonesia malah pemerintah Indonesia dan Malaysia mempunyai hubungan yang sangat erat dan sangat baik,” katanya ketika menjawab soalan pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, petang ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkaitan tindakan liar dan melampau oleh penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dengan membakar dan meludah ‘Jalur Gemilang’.

Datuk Seri Najib menegaskan tindakan tersebut bukanlah pendirian pemerintah Indonesia mahu pun mewakili rakyat negara itu.

“Mereka ini adakan demonstrasi kerana mendapat upah atas tujuan untuk beri kesan supaya kita marah, bertindak balas dan kemudian hubungan kita dengan Indonesia rengang. Itu matlamat mereka,” tegasnya.

Bagaimanapun beliau memaklumkan bahawa Duta Besar Indonesia di Malaysia telah dipanggil supaya pihak berkuasa negara jiran tersebut mengambil langkah yang lebih ketat untuk menghindar perkara-perkara seperti ini berulang semula.

Pada kesempatan ini juga, Perdana Menteri turut mengulas berkaitan percanggahan pendapat pakatan pembangkang terhadap hudud.

“Kita tidak tahu menahu pun tapi apa-apa berlaku mereka tuduh kita. Apapun sebenarnya percanggahan pendirian atas perkara yang asas seperti itu menunjukkan ikatan mereka terlalu rapuh.”

Tegas Najib lagi, beliau tidak nampak bagaimana mereka boleh bersikap jujur antara satu sama lain jika bertentangan pegangan atas isu yang begini penting.

“Pas masih komited kepada konsep mereka sementara pimpinan Dap semua menentang sekeras-kerasnya.” – MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment