Pemuda Hulu Selangor Buat Laporan Polis Terhadap Tony Pua

Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor telah membuat laporan polis pagi tadi berhubung cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya

Utara Tony Pua supaya memansuhkan pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Laporan polis ini dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, diketuai Mahmud Karim, Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor.

“Laporan ini dibuat Pemuda UMNO Hulu Selangor sebagai membantah cadangan Tony Pua untuk memansuhkan pemberian diskaun kepada Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.

Sehubungan dengan itu, kami memohon pihak berkuasa khususnya pihak Polis menyiasat Tony Pua berhubung cadangannya itu. cadangan itu dibuat tanpa mengambil kira sensitiviti orang Melayu dan kaum Bumiputera yang bilangannya adalah dua pertiga daripada keseluruhan penduduk negara ini,” ujarnya selepas membuat laporan tersebut.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment