AL-FATIHAH: ADUN Galas, Che Hashim Meninggal Dunia di KBMC

AL-FATIHAH

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima, 47, meninggal dunia di Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC) akibat barah usus kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang berada di pusat rawatan berkenaan sejak pagi tadi berkata, allahyarham meninggal pada pukul 4.30 petang.

Che Hashim dimasukkan ke KBMC sejak lima hari lalu.

Anggota keluaga beliau turut berada di pusat rawatan berkenaan.

Beberapa pemimpin tertinggi Pas turut menziarahi Che Hashim antaranya Penolong Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.

Che Hashim disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu apabila batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People’s Hospital Fu San, China.

Julai lalu beliau sekali lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana Kota Bharu.

Pada pilihanraya umum 2004 kerusi itu milik BN menerusi Saufi Deraman.

Pada 2008 pula Allahyarham Che Hashim menang dengan majoriti hanya 646 undi.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dimana DUN Galas terletak ialah Tengku Razali Hamzah. Al Fatihah - Media UMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. aminn..... pergi lagi seorang pemimpin dari parti yang mendoakan pecah perut.

    Bila lagi mereka nak sedar?

    Selamat Hari Raya
    Bingai @ Bangang
    Kalau nak sedap kene bagi penyedap!

Post a Comment