Anwar Memang Musuh Dalam Selimut – Zam

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2010, Tan Sri Zainuddin Maidin atau Zam menyifatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ibarat musuh dalam selimut yang membuat perancangan sendiri biarpun berada dalam kelompok atau kumpulan tertentu.

Katanya, sikap Anwar ini telah terserlah sejak sebelum mantan Timbalan Perdana Menteri itu dibawa menyertai UMNO.

“Anwar banyak membuat keputusan-keputusan yang bertentangan dengan dasar kerajaan sendiri biarpun ketika itu memegang jawatan penting dalam negara,” katanya dalam temubual eksklusif bersama umno-online.

Zam mendedahkan bahawa sikap ketidakseragaman Anwar dan kerajaan banyak menyimpang umpamanya terhadap dasar luar negara, pandangan terhadap isu Iraq dan menyokong gerakan-gerakan pejuang pelampau agama, selain sokongan secara langsung terhadap pertubuhan agama Al-Arqam.

“Anwar banyak melakukan keputusan-keputusan yang menunjukkan perbezaan dengan Kerajaan sedangkan pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri tidak tahu bahawa orangnya sendiri menjadi dalang kepada penentangan kepimpinan beliau.

“Tun Dr. Mahathir tidak sedar bahawa orang yang berada di sampingnya iaitu Anwar adalah orang yang melakukan penentangan terhadap beliau secara diam-diam,” katanya.

Ujarnya lagi, banyak perkara yang menyusahkan dan menunjukkan ketidakselarian Anwar dengan kerajaan sehingga memberi kesan kepada hubungan antara Malaysia dengan beberapa negara jiran di peringkat antarabangsa.

“Pada masa itu sudah ada anasir-anasir yang mengatakan bahawa apa yang dilakukan Tun Dr. Mahathir tidak disenangi oleh Singapura dan begitu juga hubungan dengan Indonesia yang agak tegang.

“Sebenarnya pertikaian ini dibentuk oleh kalangan orang-orang Anwar sendiri yang menggunakan dinamik politik, retorik dan apa saja cara untuk mencapai matlamatnya.”

Terang beliau lagi, lebih malang apabila anasir-anasir ini menjadi semakin besar dan tidak terkawal oleh Tun Dr. Mahathir sendiri.

“11 Tahun Anwar dalam UMNO dan dia menjadi musuh dalam selimut. Ini kerana ada orang luar yang menyokong beliau sedangkan secara wajar ia tidak patut berlaku dalam sebuah parti politik di negara kita,” katanya.

Tambah Zam, Anwar memang terserlah sebagai seorang yang mahukan kuasa dan dia akan lakukan apa sahaja tanpa memikirkan pendirian yang tetap.

“Dia tidak mempunyai prinsip dan ini bukan baru kerana jika dia seorang yang benar-benar berpegang teguh pada pendirian maka dia tidak akan masuk UMNO.

“Kerana itu juga, apabila Anwar keluar dari UMNO maka dengan serta-merta dapat terus bersama DAP dan Pas yang membuktikan bahawa dia bukan berjiwa UMNO dan bukan warisan dari perjuangan UMNO.”

“Kerana itu juga, apabila Anwar keluar dari UMNO maka dengan serta-merta dapat terus bersama DAP dan Pas yang membuktikan bahawa dia bukan berjiwa UMNO dan bukan warisan dari perjuangan UMNO.”

Zam turut mengimbas berkaitan peristiwa 1985 yang melibatkan tentangan keras oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) terhadap konsert Malam Anak Desa Bersama Sudirman sehingga melibatkan masalah gangguan, ugutan dan penghinaan.

“Jika tidak kerana campur tangan Perdana Menteri mungkin konsert tersebut terpaksa dibatalkan setelah tertangguh kerana bantahan yang turut didalangi oleh ‘saudara’ kita ini tetapi tidak diketahui oleh Tun Dr. Mahathir juga,” katanya.

Dalam insiden tersebut, risalah-risalah disebarkan di UKM dengan menyifatkan penganjur dan penyokong penyokong konsert itu sebagai taghut dan kafir sedangkan ia merupakan suatu episod hitam yang mencemarkan UKM pada peringkat awal sebagai sebuah institusi pengajian tinggi.

“Anwarlah dalang di sebalik penentangan kepada penganjuran konsert tersebut dengan memperalatkan golongan pelampau agama yang berfikiran sempit.

“Saya pernah menulis dalam satu rencana dengan mengatakan kesilapan paling besar Tun Dr. Mahathir ialah membawa masuk Anwar ke dalam UMNO. Anggapan Tun Dr. Mahathir bahawa dengan membawa masuk Anwar akan mampu menyelamatkan parti untuk masa hadapan malangnya sesudah masa hadapan itu datang masalah yang kita hadapi lebih besar daripada kalau kita tidak menerimanya dari awal,” tegasnya lagi.

Justeru katanya, melihat situasi politik hari ini, Anwar sedang melakukan penyesuaian dengan parti-parti pembangkang iaitu Dap dan Pas yang membentuk satu pakatan.

“Kita tidak hairan jika Anwar mahu mengambil peluang atau mempergunakan Pas dan DAP demi untuk kepentingan politiknya sendiri malahan banyak peristiwa telah menjadi bukti bahawa beliau adalah perancang utama di sebalik banyak kekacauan yang berlaku.” –Rofikah/MediaUMNO.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    11:09 AM

    Benar..tetapi buat masa sekarang DAP lebih konsisten dan menguasai PAS & PKR sehingga tiada tentangan atau protes jika sesuatu berlaku kepada kaum melayu/bumiputera yg dindas oleh DAP. Walhal, sepatutnya PKR atau PAS jika benar memperjuangan nasib orang melayu, walau dalam Pakatan sekali nama saja orang melayu yg ditindas mereka wajib membantu serta menyuarakan kekesalan terhadapa apa yg berlaku ini tidak, DAP "mempergunakan" PAS untuk tujuan DEMO sehingga ada yg sanggup tidur diatas jalan ini tidak pulak kita lihat yg berlaku pada DAP..langkah mayat KARPAL sekali tiada wakil DAP akan berbuat demikian kecuali PKR Tian Chua yg lapar daging manusia (suka gigit).

    Saya merasakan PAS boleh berkongsi bersama UMNO maksudnya apa yg PAS boleh laksanakan itu hak PAS dibantu UMNO, begitulah sebaliknya.

    Jika tidak duduk semeja berserta dgn agenda yg mereka inginkan maka sudah pasti kedua-dua pihak tidak tahu niat masing masing, PAS pun buat janji pd rakyat bukan kata 15 menjadi, 1 pun perit kena minta restu DAP PKR sampaikan kena tindakan disiplin. Oleh itu fikir fikirkan lah.

Post a Comment