Tindakan Ahli Parlimen, Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Perseketuan dibaratkan sebagai seorang pengkhianat kerana sanggup mempersoalkan hak keistimewaan keturunannya sendiri hanya sekadar untuk mendapatkan populariti.
Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Rosni Zahari berkata, apa yang dilakukan itu membuktikan sikap pemimpin-pemimpin Melayu parti pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja sehingga mengenepikan hak milik bangsanya sendiri serta perkara yang membabitkan hukum agama.
“Apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah itu sama seperti bapanya (Anwar Ibrahim), sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan cita-cita politiknya tercapai sehingga lupa kepada keturunannya dan menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri.
“Sebelum bercakap, dia perlu sedar siapa dirinya jangan bercakap sesuka hati tanpa memikirkan baik buruknya, dia perlu sedar, apa yang dinikmati itu adalah hasil perjuangan orang Melayu termasuk apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika dihubungi UMNO-online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nurul Izzah mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak keistimewaan secara terbuka yang disiarkan dalam sebuah portal berita pro pembangkang.
Tindakan itu telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat, sehingga ada yang meminta Nurul Izzah disiasat di bawah Akta Hasutan kerana menyatakan bahawa Hak Melayu hanyalah sekadar falsafah serta ideologi dan bukannya sebuah undang-undang tau Perlembagaan.
Rosni berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap Nurul Izzah kerana apa yang dilakukan itu boleh menyebabkan ada pihak yang akan mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku kerana mereka yang mempersoalkan keistimewaan itu adalah orang Melayu sendiri.
“Ini yang dikatakan Melayu yang tidak tahu bersyukur, sanggup mengorbankan keistimewaan bangsa sendiri demi kepentingan peribadi, apakah orang seperti ini perlu dibiarkan membuat sesuatu dengan suka hati.
“Ini yang dikatakan Melayu yang tidak tahu bersyukur, sanggup mengorbankan keistimewaan bangsa sendiri demi kepentingan peribadi, apakah orang seperti ini perlu dibiarkan membuat sesuatu dengan suka hati."
“Pihak polis perlu menjalankan siasatan segera kerana apa yang dinyatakan itu boleh dianggap sebagai satu hasutan dan jika dibiarkan boleh menimbulkan rasa tidak pusa hati pada sesetengah pihak, apakah perkara sebegini perlu dibiarkan, takut nanti ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap apa ynag berlaku,” katanya.
Beliau yang juga seorang peguam menyatakan, mengikut dari sudut perundangan, apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah kerana mempersoalkan Perlembagaan Persekutuan yang suatu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.
“Susah hendak saya cakap, mengenai sikap pemimpin pembangkang yang sanggup menggadai maruah bangsa dan agama kerana politik, sepatutnya mereka ini yang mempertahankan hak bangsa dan agamanya sendiri.
“Dia tidak boleh marah jika ada bangsa lain memperkotak-katikkan bangsa Melayu dan agama Islam kerana merekalah orang yang membuka peluang berkenaan,” katanya. - Nasri/MediaUMNO.


11:45 AM
rasa nurul ini bukan dari bangsa melayu,kot