Kementerian Dalam Negeri digesa agar mengambil tindakan tegas terhadap isu-isu penghinaan agama dan bangsa yang kini semakin menjadi-jadi di dalam alam siber khususnya Facebook,Twitter dan Youtube.
Bila orang Islam, orang Melayu terlibat dalam satu-satu kes, tindakan tegas segera diambil namun bila orang lain terlibat, tindakan yang agak longgar, ujar Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.
“Kerajaan belum ambil tindakan tegas. Kita ingat, dalam masyarakat Malaysia ini, agama cukup sentitif tanpa mengira bangsa. Jadi kalau isu agama tidak dapat dikawal dia akan jadi perpecahan di masa akan datang. Dan bagi orang Melayu, kita boleh tolerate banyak benda, bukan agama.
Kita tidak boleh membenarkan mana-mana individu, parti atau kumpulan yang menggunakan agama sebagai kepentingan politik. Saya lihat orang Melayu ini banyak diam, orang lain banyak bercakap. Jangan fikir diam-diam ini tidak ada isi,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.
Sehubungan dengan itu, Khir berharap agar undang-undang akan bersikap adil kepada semua. Tanpa mengira agama, bangsa dan parti politik, jika melibatkan kes-kes sensitif kena ambil tindakan.
“Macam kes ‘FB Melayu Babi’, kena ambil tindakan segera. Perkara ini perlu dibawa ke mahkamah dengan segera. Ia akan mengurangkan tempressure di kalangan orang Melayu,”.
Tambahnya, wujudnya beberapa akaun FB lain yang turut menghina Islam dan Melayu akibat tiada tindakan segera terhadap ‘Akaun Melayu babi’. Kalau diambil tindakan segera pada penulis dan pemilik akaun ini serta kes seperti Namewee, isu ini akan berhenti.
“Mereka lihat ada kelonggaran di situ maka peluang untuk mereka mengambil kesempatan. Seperti kes Namewee, kali pertama dulu dia mempermainkan lagu Negaraku, lepas. Ini, dia main kali kedua, dia yakin dia akan dilepaskan juga.
Jadi orang lain akan ikut, sebab itu kita kena tegas. Saya nak beritahu, kita di Malaysia ini banyak isu sensitif sebab kita berbeda agama, bangsa dan budaya. Hanya Perlembagaan sahaja yang menyatukan kita semua,”.
Dalam perkembangaan lain, Khir tidak mahu mengulas panjang terhadap kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam sebuah laman web alternatif yang meminta beliau mendiamkan diri kerana dakwaan yang ditimbulkan Khir hanya akan makan diri sendiri.
“Kenapa dia takut saya bercakap. Saya tak nak layan Faekah ini, saya tidak kenal dia. Sepatutnya Khalid Ibrahim lantik orang yang lebih senior dalam politik sebagai Setiausaha Politik berbanding Faekah” ujarnya ringkas.


6:28 AM
1. Tindakan segera dan secara tegas perlu diambil oleh kerajaan khususnya oleh KDN, dalam isu-isu sensitif. Betul seperti yang dikata oleh DS Khir bahawa terlalu 'accomodative' dan berlembut serta kerap bertolak ansur 'membiak' terlalu banyak " kurang-ajarnya, kebiadabannya, ketidak-hormati undang-undang dan pelbagai bentuk cabaran dan penentangan.
2. Insiden-insiden kurang-ajar ini perlu juga dilihat sebagai satu signal penentangan yang dirancang sedemikian rupa untuk memecah-belah masyarakat ; dan tidak keterlaluan jika ia juga boleh dilihat sebagai penentangan terhadap kerjaaan sendiri , sekurang-kurangnya sebagai salah satu usaha untuk memperlekeh pihak yang berkuasa.
3. Memperlekeh sesebuah kerajaan dengan tujuan untuk menghakis keyakinan rakyat adalah satu tektik atau strategi untuk menjatuhkan kerajaan itu sendiri. Amat bahaya sekali kalau kerajaan kita begitu 'gullible' dan 'naive' jika TIDAK BERANI mengambil tindakan pencegahan. Gunakan segala undang-undang dan akta yang ada termasuk ISA jika difikir perlu !
4. Bagi yang "melihat" , tanda-tanda penentangan yang disusun secara halus dan senyap oleh pihak-pihak tertentu sudah digerakkan ! Cakap-cakap tentang pengambilan kuasa, Perlembagaan baru, pergeseran antara kaum secara terancang dan sebagainya akan menjayakan rancangan pihak yang sememangnya berniat jahat. Samada mereka ini bergerak secara local atau berkiblat kepada kuasa asing, memerlukan penelitian dan kerja-selidik yang rapi dan konsisten oleh pihak berkuasa dan kerajaan. Tindakan yang biadab jika bersifat personal mungkin tidak bahaya. Akan tetapi jika ia sebahagian daripada satu 'grand design' pihak musuh negara, maka kita tidak boleh berdiam diri. "Pre-emptive actions MUST and SHOULD be taken , without fear or favour ! "
7:45 AM
aku pun heran dengan PM,takan dia tak tau dengan prestasi kerja sepupunya ,jgn disebabkan sepupu ada rakan dalam parti yg sama akan bangkit melawan PM.....
ingat!!!!
11:16 AM
Wujud lagikah KDN? Kalau masih wujud, masih adakah menteri yang bertanggungjawab disitu? Kalau ada menteri di situ, lelaki ke perempuan atau ....? Kalau lelaki ke perempuan ke atau....,dia melayu ke atau cina ke atau india ke?
Susah juga nak jawab ni.Kadang-kadang rasa macam KDN dah tak ada sebab banyak kes yang terlepas macam tu saja.Tapi bila ada kes yang melibatkan Melayu, ada pula yang kena tindakkan dan kalau bangsa lain dari melayu ada pula amaran yang keluar.Nampak macam masih ada yang memimpin kat situ.Ish...tak tau la nak jawab.Nanti kalau kata lebih-lebih kesian juga kat dia, mana tau dia perempuan cun ke.Aku ni kalau dengan perempuan lemah sikit.Suruh orang lain tegur saja lah jangan dari aku. TOK JIB, TOK DIN...tolong la tegur sikit. Mintak tabik cucu cicit nak tumpang pertahan hak-hak orang melayu. -ASP-Z-