
Tak lama lagi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan bersara. Terima kasih Tan Sri, jasamu akan dikenang. Moga penganti Tan Sri akan meneruskan kecemerlangan pentadbiran Tan Sri.
Aku bukannya apa, frust gak sebab pada pandangan aku, Negara akan kerugian besar sebab kehilangan khidmat Tan Sri Musa. Bukannya dia tidak mampu lagi, tapi hanya sebab faktor usia beliau ‘disarakan’.
Sekadar nak melontar idea, sebab kewibawaan dan ketegasan Tan Sri Musa sepanjang berkhidmat dengan PDRM, aku rasa beliau patut diberikan peranan baru untuk terus berkhidmat kepada Negara…..
Lantik sebagai Senator dan seterusnya lantik beliau sebagai Menteri Kementerian Dalam Negeri. Aku yakin, pengalaman dan kematangannya mampu memberikan sinar baru kepada KDN dan seterusnya kepada ‘anak-anak syarikat KDN’ seperti PDRM, AADK dan sebagainya.
Apa pandangan sahabat-sahabat semua?


11:32 PM
satu cadangan yang amat bernas...