
Wah, hebat Azmin rupanya….. penyimpan segala kunci rahsia-rahsia bosnya, Anwar Ibrahim….
Lebih menarik, Azmin Ali melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengurus kempennya untuk pemilihan November ini. Azmin akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sebelum ini, Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah mendakwa, 'kunci' itulah yang menjadi senjata utama kepada Azmin untuk mendapatkan apa sahaja yang diingininya tanpa dapat dihalang oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Begitu juga dengan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru yang juga orang kuat Anwar satu ketika dulu, Zulkifli Noordin berkata ‘plot penyingkiran Tun Ghafar Baba’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berulang dalam kegawatan pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.
Dalam laman blognya, Zulkifli berkata, beliau seperti tidak percaya membaca laporan media menyebut bahawa Ahli-Ahli Parlimen PKR membuat kenyataan memberikan sokongan penuh kepada Azmin Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bagi pemilihan tidak lama lagi.
Malah, Zamil Ibrahim yang juga bekas Setiausaha PKR Kedah melihat pelantikan penasihat parti itu ke jawatan tersebut sebagai sesuatu yang pelik.
Ia jelas membuktikan Azmin memang mempunyai ‘kunci’ ke atas segala rahsia Anwar sehingga membolehkannya mempergunakan ketuanya itu bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti.
Persoalannya kini, mampukah Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim yang didokong oleh DAP mampu menewaskan Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden. Bagaimana pula calon yang mendapat sokongan Pas untuk bertanding jawatan yang sama, Mustafa Kamil Ayub..... adakah akan mendapat tempat di hati perwakilan.....
Yang pastinya, PKR yang sebelum ini sibuk mengkritik dan menuduh UMNO sebagai gila kuasa dan pentingkan jawatan, kini ibarat MELUDAH KE LANGIT, JATUH KE MUKA SENDIRI.....


0 Komen
Post a Comment