Pas Akur Dasar ‘Hidup Bersama’ Diasaskan BN -Zam

Ekslusif dari Ropikah UMNO-Online

Tan Sri Zainudin Maidin menyifatkan Pas banyak berubah dan berpura-pura menerima sokongan bukan Islam kerana akur kepada ‘dasar hidup bersama’ yang diasaskan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Perikatan (kini Barisan Nasional – BN).

Bekas Menteri Penerangan itu berkata kewarasan Tunku menolak hasutan jahat Pas untuk merampas harta orang Cina semasa Tregedi 13 Mei 1969, menjadi asas sosialisasi Malaysia untuk pelbagai kaum dan penganut agama hidup bersama.

Beliau berkata demikian ketika membuat kenyataan sedia tampil menegmukakan bukti pemimpin Pas menghasut Allahyarham Tunku untuk mengambil kesempatan darurat 1969 itu untuk merampas harta orang Cina.

“Kewarasan Tunku sebagai pemimpin inilah yang telah mengekalkan proses pembentukan sosial negara ini dengan berteraskan ‘doktrin hidup bersama’ Perikatan.

“Hal inilah yang akhirnya memecahkan dokmatisme falsafah politik Pas dan menjadikan Pas sekarang lebih realistik, rasional dan beradab sehingga boleh berkawan dengan orang Cina dan orang kafir,” katanya di sini, hari ini.

Zam menjelaskan, di dalam hal ini BN boleh mendakwa ia telah memperbaiki akhlak orang Pas dan menukarkan sikap serta pendekatan mereka.

“Pas telah berhenti mengkafirkan orang Islam dan menuduh Perdana Menteri waktu itu iaitu Tun Dr. Mahathir gila, barua dan lain-lain fitnah termasuk mengatakan Mahathir melihat gambar lucah bersama keluarga dan perbuatan ini berhenti setelah mereka melihat sendiri perbuatan mereka itu didedahkan di kaca tv.”

Tambahnya, sama ada Pas mahu mengakuinya atau tidak bukanlah persoalan tetapi bagi masa hadapan negara melihat bahawa sosialisasi Pas dengan iklim dan tamadun negara ini adalah merupakan satu perkembangan yang sihat ke arah kematangan dan pendekmorasian Malaysia.

“Pas tidak sedar bahawa mereka dilihat oleh rakyat sebagai rusa masuk kampung dan menjadi pelampau kanan sehinggakan dia lupa kutukan terhadap wanita Islam tidak menutup aurat tetapi merelakan wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat masuk ke rumah Allah.

“Pas cepat melupakan dasar-dasarnya masa lalu kerana dasarnya berubah dari masa ke masa dan tidak berasaskan kepada inspirasi rakyat dan iklim negara ini sebaliknya mengambil inspirasi politik dari luar yang bermula dengan semangat Nusantara Indonesia, kemudian menjiwai revolusi Iran dan sekarang Malaysian Malaysia.

“Tetapi Nik Aziz yang tidak pernah berubah pakaian dan profesion Tok Gurunya yang secara tidak langsung melindungi perubahan pendirian politiknya sehingga tidak terlihat oleh orang-orang yang tidak dapat berfikir.”

Tegasnya lagi, apa yang berlaku di Malaysia sekarang adalah hasil suatu doktrin sosial yang dijuruterakan oleh UMNO, MCA dan MIC sejak dari sebelum merdeka dan sesudah merdeka yang tidak disedari atau tidak mahu diakui oleh Pas. -MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment