Anwar Perlu Minta Maaf – Rahman Dahlan

Anwar Ibrahim perlu meminta maaf kepada rakyat terlebih dahulu jika dia ingin menuduh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional tidak betul, kerana dia dahulu pernah bersama UMNO dan menjadi Timbalan Perdana Menteri, “ kata Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menurutnya, sehingga kini Anwar tidak pernah memohon maaf atau mengaku terhadap kesalahan atau kesilapan yang dilakukan ketika bersama UMNO dan BN dahulu, kerana sejak keluar dari UMNO beliau sering menyalahkan pemerintahan BN banyak membuat kesilapan sehingga menimbulkan banyak masalah kepada rakyat.

“Sepatutnya dia mohon maaf kepada kerana menipu rakyat dengan menyembunyikan kelemahan yang dia tahu, tapi sehingga kini saya tak pernah dengar dia mohon maaf, sebaliknya mengutuk dan mencaci UMNO dan BN.

“Jika benar seperti apa yang dikatakan Anwar, ini membuktikan bahawa dia sanggup melakukan apa sahaja termasuk mendiamkan diri walaupun mengetahui perkara itu tidak betul demi memastikan cita-cita politiknya tercapai.

“Begitu juga apabila bersama pakatan pembangkang, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk pasti rakan karibnya Dap akan menyokongnya walaupun apa yang dilakukan itu menyinggung perasaan Pas yang juga gabungannya dalam pakatan pembangkang,” katanya ketika dihubungi UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2010, Tan Sri Zainuddin Maidin atau Zam menyifatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ibarat musuh dalam selimut yang membuat perancangan sendiri biarpun berada dalam kelompok atau kumpulan tertentu.

Dalam kenyataan itu, Zam menyatakan sikap Anwar apabila melakukan keputusan-keputusan yang menunjukkan perbezaan dengan Kerajaan sedangkan pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri tidak tahu bahawa orangnya sendiri menjadi dalang kepada penentangan kepimpinan beliau.

Abdul Rahman yang Ahli Parlimen Kota Belud berkata, Anwar adalah seorang yang suka bermuka-muka, ia terbukti ketika masih berada dalam UMNO apabila mengisytiharkan untuk tidak merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tun Ghaffar Baba ketika tu.

Menurutnya, apa yang diucapkan Anwar ketika itu hanya sebagai gimik politiknya sahaja apabila mengumumkan akan menentang Ghaffar selepas mendapati adanya sokongan terhadap beliau untuk jawatan itu.

“Ketika ingin dapatkan sokongan di Sabah, beliau membuat pelbagai janji jika dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi apabila mendapat jawatan, apa yang dijanjikan itu masih lagi tidak tertunai sehingga sekarang.

“Adakah orang seperti ini ingin kita percaya untuk dijadikan pemimpin, kita tak tahu apa yang akan dilakukan apabila ada kuasa nanti, kita jangan terpedaya dengan mainannya,” katanya. MediaUMNO.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment