Gelaran Putar Alam Saja Tepat- Pemuda

Gua Musang 28 Okt – Pemuda UMNO percaya Pas hari ini terperangkap dengan permainan politiknya sendiri apabila menimbulkan pelbagai tohmahan terhadap kerjasama antara UMNO dengan MCA semata-mata menghalalkan kerjasama mereka bersama DAP.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata putar belit mereka sebenarnya bertujuan untuk menutup keterlanjuran Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO menerusi amanat Hj Hadi yang menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Justeru tegas beliau, kenyataan Hadi berhubung kerjasama antara UMNO dan MCA hanyalah untuk menutup keterlanjuran “lidahnya” dalam fatwa berkenaan yang sehingga hari ini menjadi pegangan kepada sesetangah pengikut Pas.

“UMNO bekerjasama dengan MCA dulunya dituduh kafir. Apabila mereka bekerjasama dengan Dap yang secara terang-terangan menentang Hukum Hudud tidak pula dianggap sedemikian rupa. Putar belit sedemikian bukanlah sesuatu yang baru tetapi sudah sehati dan sejiwa dengan Pas.

“Sebab itu kita tidak hairan malah amat tepat apabila Tan Sri Muhyiddin Yasssin menggelarkan mereka sebagai putar alam kerana itu jiwa mereka. Apabila ada kepentingan segala dalil dan hadis serta ayat al-Quran akan digunapakai.

“Lagi pun fatwa mereka adalah sesuka hati. Dengan kata lainnya fatwa yang dikeluarkan adalah untuk kepentingan politik mereka semata-mata tanpa berpaksikan kepada soal hokum hakam agama,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai i mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap kerjasama parti itu tidak salah sebaliknya kerjasama antara UMNO dan MCA yang salah.

Dalam ceramahnya sempena kempen pilihan raya tersebut, Abdul Hadi berkata, keadaan itu terjadi kerana mendakwa pemimpin UMNO mengikut perangai pemimpin MCA yang bertentangan dengan Islam.

Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau panjang seterusya berkata atas alasan apakah kerjasama mereka dengan DAP dianggap “halal”.

Ini kerana katanya DAP secara terang-terangan menentang pelaksanaan Hukum Hudud dan pelbagai perkara lain yang menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam.

“Bentangkan kepada kami atas alasan apa hubungan mereka itu dianggap “halal”. Bukankah Karpal Singh pernah menyatakan langkah mayat beliau dulu jika mahu melaksanakan hukum hudud.

“Berbanding dengan kerjasama UMNO dan MCA serta pelbagai parti komponen lain menerusi BN, kita sama-sama membangunkan negara dengan satu semangat dan kerjasama yang erat,” katanya. -Ku Azman/MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment