‘Aziz Limau’ Lambang Kemesraan Aziz Dan Penduduk Gua Musang

Jika disebut nama penuhnya, Abdul Aziz Yusoff mungkin tidak ramai yang kenal atau perasaan gerangan orangnya, sebaliknya beliau lebih popular dengan gelaran 'Aziz Limau' di Gua Musang ini. Itulah kelebihan calon yang ditampilkan BN bagi mengalas harapan untuk merampas kembali kerusi DUN Galas 4 November ini.

Abdul Aziz Yusoff atau ‘Aziz Limau’ bukanlah asing bagi masyarakat Gua Musang, sebaliknya sudah lama dikenali di sini. Nama timangan itu diberikan masyarakat setempat memandangkan beliau pernah bertugas sebagai kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di RPT Limau Kasturi.

Jalinan kemesraan yang terjalin antara beliau dengan penduduk di sini dapat dilihat ketika Abdul Aziz menjalankan kempennya dan melawat setiap kedai yang ada di Bandar Lama di sini.

"Eh, awak jadi calon kat sini ke? Bagus-bagus, saya pasti akan sokong awak." Demikian reaksi spontan seorang pemilik kedai elektrik, Lee Weng Chong, 69, ketika Abdul Aziz datang ke premisnya.

Weng Chong ternyata terkejut kerana tidak menyangka rakan yang telah dikenalinya selama lebih 20 tahun itu terpilih menjadi calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.

Weng Chong ketika ditemui wartawan selepas itu kelihatan amat ceria dan bersemangat kerana warga emas ini sebelum ini tidak menyangka Abdul Aziz itu adalah Aziz Limau yang dikenalinya.

"Ya, saya mula-mula tidak tahu siapa dia calon BN. Tapi bila dia datang sendiri cakap saya pun terkejut dan gembiralah sebab ini kawan lama saya di sini. Dia memang baiklah. Lebih 20 tahun kami berkenalan sebagai kawan dan dia juga pelanggan tetap saya selama ini," kata Weng Chong yang telah berniaga di situ sejak 38 tahun lalu.

Dalam masa yang sama, beberapa penduduk lagi yang ditemui berkata, panggilan Aziz Limau memang telah lama diberikan masyarakat di sini terhadap calon BN itu terutama yang pernah berurusan dengan beliau.

Kebanyakan mereka amat gembira dan menganggap Abdul Aziz seorang individu yang baik dan banyak membantu ketika masih berkhidmat dengan Kesedar.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment