Berok Mengamuk Sesama Sendiri: Wartawan Pun Jadi Mangsa

Aku amat terperanjat dan kecewa dengan tindakan-tindakan sekumpulan ahli-ahli PKR yang bermesyuarat dan membuat pemilihan Jawatankuasa Baru PKR cabang Sabak Bernam yang bukan sahaja bergaduh sesama sendiri malah telah menyerang dan mengugut sekumpulan wartawan yang dipanggil untuk memberikan liputan majlis berkenaan.

Ini merupakan satu tindakan tidak bertamadun PKR cabang Sabak Bernam, sehubungan dengan itu, Sahabat-Gunung mengecam sama-sekali kejadian ganas berkenaan.

Tindakan mereka ini bukan sahaja mengancam nyawa dan keselamatan warga wartawan yang membuat liputan malah mengancam dan keselamatan ahli-ahli mereka sendiri.

Adakah ini lambang demokrasi yang ingin ditonjolkan olah PKR atau mereka sekadar mahu menonjolkan diri sebagai `hero demokrasi’ semata-mata, tetapi pelaksanaan kepada proses demokrasi dalam PKR sendiri tidak melambangkan niat mereka tersebut.

Selain tidak bertamadun, kejadian tersebut juga merupakan tindakan tidak beretika dan amat kurang ajar. Wartawan yang dijemput untuk membuat liputan akhirnya menjadi mangsa kerasukan mereka sendiri yang berebut jawatan dan kuasa dalam parti mereka.

Sehubungan dengan itu, tidak kira PKR, UMNO atau mana-mana parti politik sekalipun yang mahu menjemput wartawan untuk membuat liputan yang mereka anjurkan, tolonglah hormati keprofesionalan tugas wartawan dan berilah jaminan bahawa keselamatan wartawan yang membuat liputan menjadi agenda penting.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

  1. Silap wartawan tu jugak. Nak ambil gambar berok-berok tu, tak payah la masuk dalam kandangnye.

  2. Anonymous
    6:23 PM

    sedap je bahasa kan org lain beruk. tak paham aku manusia cam ni. aku masuk sini bukan best sgt pun blog ni. nak tgk betapa hati mereka tak lagi mempunyai kemurniaan.

  3. Masuk blog Pakatan Rosak, cari satu blog yang dikatakan sopan. Blog Parti Ajaran Sesat terutamanya.
    Sebenarnya dari PR lah timbul semua ni. Dipersilakan.

  4. Anon

    Minta maaflah. Aku tahu blog aku nie tak seberapa. Tak der makin hamun macam blog pakatan tu....

    Sebab tu kau marah bila blogger yg pro BN pun dah pandai nak bahasa-bahasakan pakatan rosak tu.

    Kau pun janganlah marah, bukan aku maksudkan kau berok pun.... Orang yang terasa macam berok sahaja yang marah bila aku kata berok.

Post a Comment