Tak payah nak bermukadimah, berjela-jela untuk menyampaikan hasrat hati..... kali ini ini aku nak mencadangkan (lembut sangat), aku nak CABAR Presiden MCA, DS Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Dr Dominic Lau untuk melakukan tindakan yang sama berhubung isu ‘kenyataan berbaur perkauman oleh Timbalan Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Hamim Hussin’ baru-baru ini dalam majlis tertutup Puteri UMNO baru-baru ini, sebagaimana yang dilaporkan secara tidak jujur oleh wartawan Malaysian Insider.
Jika sebelum ini Presiden MCA DS Chua Soi Lek telah menggesa kerajaan menghantar Timbalan Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Hamim Hussin, menjalani rawatan kaunseling dan dilatih semula kerana disifatkannya sebagai tidak layak menduduki jawatan berkenaan kerana Hamim telah meninggung perasaan rakyat keturunan Cina dan India menerusi kenyataannya yang berbaur perkauman dalam satu majlis baru-baru ini, ........
Aku nak Chua Soi Lek juga membuat gesaan yang serupa agar kerajaan menghantar wartawan Malaysian Insider, Boo Su-Lyn menjalani rawatan yang serupa kerana tindakan tidak beretika menceroboh dan membuat kenyataan yang sengaja mahu memecah-belahkan keharmonian kaum yang kita nikmati selama ini.
Begitu juga dengan Pemuda Gerakan, yang menggesa supaya Hamim Husin dilucutkan jawatan Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan ekoran kenyataannya bersifat perkauman dan perkembangan yang dikhuatiri boleh menjejaskan perpaduan kaum ......
Aku juga nak Pemuda Gerakan buat tindakan yang serupa iaitu mendesak Boo Su-Lyn dilucutkan jawatan sebagai wartawan Malaysian Insider kerana tindakan yang aku katakan tadi ..... tindakan tidak beretika menceroboh dan membuat kenyataan yang sengaja mahu memecah-belahkan keharmonian kaum yang kita nikmati selama ini.
Camna DS Chua Soi Lek & Dr Dominic Lau, berani ke nak sahut cabaran aku ini. Itupun kalau ada telorlah.
Kalau lah DS Chua Soi Lek & Dr Dominic Lau nak mengenali wartawan Malaysian Insider ini, Boo Su-Lyn dan cara pencerobohan yang aku perkatakan, sekali lagi aku paparkan wajah wartawan ini untuk tatapan kita bersama.....
Selepas ini, ada seorang lagi pemimpin BN bertaraf Menteri akan dicabar, berhubung isu yang sama...Tunggu.


0 Komen
Post a Comment