Pergerakan Pemuda UMNO berharap Bajet 2011 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak pada hari ini turut memberikan impak terhadap golongan muda di negara ini.
EXCO Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata, ianya selaras dengan usaha untuk menetapkan rentak transformasi ekonomi kearah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 dimana golongan belia tidak terpinggir dari anjakan perubahan tersebut.
“Dalam rumusan semasa Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN) baru-baru ini kita telah merumuskan dan mengusulkan beberapa perkara kepada Perdana Menteri beberapa perkara untuk dimasukkan dalam pembentangan bajet 2010 jumaat ini dimana ianya mendapat maklum balas yang positif ” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-online hari ini.
Tambahnya, perkara yang dicadangkan oleh Pemuda BN dalam makmal yang diadakan baru baru ini untuk dimasukan dalam bajet tersebut termasuklah mengwujudkan skim pinjaman khas berniaga kepada generasi muda.
Katanya melalui skim ini kita berharap ianya akan dapat membantu serta memberikan ransangan kepada golongan belia untuk berkecimpung dalam pelbagai bidang perniagaan khusus untuk meningkatkan taraf siso ekonomi mereka seharian.
Tambah Jamawi .perkara lain yang dicadangkan termasuklah skim pinjaman khas perumahan kepada golongan muda juga skim pinjaman khas membeli kenderaan nasional sebagai satu usaha membantu golongan ini memiliki rumah kediaman sendiri di samping memupuk budaya menghargai barangan buatan Malaysia melalui skim pinjaman membeli kenderaan nasional.
“Selaras dengan salah satu dari empat tonggak utama agenda Transformasi Negara itu melestarikan Konsep 1 Malaysia, makmal pemuda BN juga amat mengalu-alukan keprihatinan kerajaan bagi membantu mana-mana badan NGO belia untuk menganjurkan program 1
Dengan adanya bantuan ini, kita yakin Konsep 1 Malaysia akan dapat dibudayakan serta disemarakkan di kalangan generasi muda bagi melahirkan satu masyarakat belia yang bersatu padu dan berusaha mempertahankanya sebagai satu wairsan yang perlu dikekalkan bagi mejamin kemakmuran serta kemajuan Negara akan terus dikecapi” ujarnya yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Sabah.


0 Komen
Post a Comment