
Perkasa persoalkan siapa kumpulan dengan digelar wira negara oleh Wee Ka Siong di Mesyuarat Agung Pemuda MCA semalam? Siapa kumpulan berfikiran primitif seperti dakwaan Ka Siong, ujar Ketua Wira Perkasa, Armand Adha Hanafiah.
“Siapa kumpulan ini? Adakah kumpulan Raja-Raja Melayu? Adakah Perkasa atau NGO-NGO Melayu lain. Apakah isu yg ditekankan oleh Raja-Raja Melayu iaitu berkaitan hak-hak Melayu itu dianggap tindakan primitif oleh Ka Siong?
Apakah isu yg ditekankan oleh Perkasa iaitu berkaitan hak-hak Melayu itu dianggap tindakan primitif? Ka siong faham tak tindakan primitif tu macam mana? Mereka yg bertindak primitif adalah mereka yg hidup diwaktu sesebuah negara yang tiada undang-undang dahulu yang bertindak kejam terhadap pihak lain,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada pihak media.
Tambahnya, apakah dengan menegaskan atau mengingatkan mana-mana pihak menghormati hak-hak istimewa Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dianggap satu tindakan primitif?
“Baru-baru ini, Tuanku Sultan Johor dan Tuanku Sultan Selangor telah betitah dengan mengingatkan sesetengah pihak supaya menhormati Perlembagaan Negara dan jangan mempersoalkan hak istimewa org Melayu dan Bumiputera.
Gesaan dari Tuanku Sultan Johor itu telah dikritik secara terang-terangan oleh seorang pemimpin Hindraf dengan begitu biadap sekali. Perkasa merasakan kenyataan Ka siong tiada bezanya dengan kritikan pemimpin Hidraf terhadap Tuanku Sultan Johor. ‘Tindakan Diam’ Ka Siong seperti menyokong kenyataan pengkhianat Negara Iaitu Hindraf, sedangkan beliau sendiri berasal dari Negeri Johor,”.
Hanya Ka Siong tidak menyebut secara terang nama Tuaku Sultan Johor dan Sultan Selangor tetapi Ka Siong gunakan perkataan 'kumpulan'. Kalau Ka Siong nafikan kenyataan beliau ditujukan kepada Sultan Johor dan Sultan Selangor maka Ka Siong kena namakan kumpulan mana beliau maksudkan.
“Kalau Ka Siong kata dia tujukan kepada Perkasa, maka pada kami, Ka Siong juga tujukan kenyataannya kepada Raja-Raja Melayu kerana tiada bezanya desakan Perkasa dan YAM Tuanku Sultan Johor, YAM Raja Nazrin dan YAM Tuanku Sultan S'gor dalam isu hak keistimewaan orang Melayu.
Kepada Ka Siong Perkasa inginkan agar mohon maaf secara terbuka. Kami marah Sultan Melayu kami dihina sebegini rupa. Biadap dan derhaka. Adakah kamu benar-benar ingin kami bertindak secara primitif? Kami tidak mahu bertindak begitu kerana kami tahu Negara ini ada undang-undang. Kami menghormati undang-undang dan Perlembagaan Negara dan kami mahu semua rakyat menghormati undang-undang dan Perlembagaan Negara. Tapi tahap kesabaran kami juga ada hadnya.
Mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu adalah antara matlamat penubuhan Perkasa. Jangan biadap, Jangan kacau hak kami. Kami beri amaran keras terhadap Ka Siong buat kali terakhir, jangan cabar Perkasa,” tambahnya lagi.


0 Komen
Post a Comment