UMNO Kuat Jika Ucapan Presiden DiTerjemah Dengan Tindakan

UMNO akan menjadi lebih kuat dan kukuh sekiranya ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung Umno 2010 ini dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan oleh semua anggotanya, kata Naib Presiden Ummo Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata dengan ucapan yang cukup bermakna dan bersejarah disusuli tindakan dan strategi yang betul, pendokong Umno mampu mendekati dan menerangkan kepada rakyat tentang perjuangan untuk masa depan yang lebih gemilang.

“Jadi, kalau dapat dihayati dan terjemahkan kepada tindakan strategik yang betul, kita boleh dekati rakyat untuk pastikan kelangsungan perjuangan keramat parti.

“Saya cukup yakin dengan semangat yang kental, berdasarkan sejarah dan nilai-nilai yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang Umno sebelum ini, kita akan mampu mengorak langkah ke hadapan memperkukuhkan perjuangan yang diwarisi,” katanya kepada pemberita sebagai mengulas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata jika apa yang digariskan Perdana Menteri itu tidak diamati, dihayati, berserta kesediaan untuk berubah, beliau khuatir kelangsungan survival parti akan terjejas.

Dalam membuat perubahan itu, Umno perlu juga berlaku adil kepada kaum dan bangsa lain kerana perkara itu termaktub dalam Perlembagaan serta sejarah negara,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata ucapan itu cukup holistik, menyeluruh dan komprehensif.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah berkata ucapan itu mampu mencorak perilaku kerja anggota Umno masa depan, bukan hanya sebagai sebuah parti tetapi juga sebagai pimpinan yang memerintah negara.

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula menyifatkan ucapan Presiden Umno sebagai ucapan yang berteraskan agenda “melangkah ke hadapan”.

“Orang Melayu tidak boleh terlalu taksub dengan hak yang tercatat dalam Perlembagaan, tetapi perlu berdaya saing kerana kita tidak mahu diperlekehkan. Kita terus pertahankan hak, tetapi pada masa yang sama tidak terlalu bergantung dan menekankannya,” katanya.

Sementara itu bekas Naib Presiden Tan Sri Mohamad Isa Samad pula menyifatkan ucapan Presiden Umno kali ini tepat pada masanya untuk menyedarkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

“Dalam ucapannya PM menyentuh bagaimana perpaduan dan persefahaman adalah dimulakan oleh Umno, kerana hari ini ramai yang menuduh Umno sebagai parti yang rasis. Namun sebenarnya kitalah yang memulakan persefahaman, perpaduan dan
kerjasama kaum, bermula sebelum kemerdekaan sehingga hari ini.

Isa berkata dengan adanya ingatan daripada Perdana Menteri itu, semua pihak termasuk pembangkang perlu menghormati dan jangan mengungkitnya lagi

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment