Baguslah Nik Aziz Nak Deal Dengan Karpal

Pemuda UMNO Kelantan menyokong penuh hasrat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menemui Pengerusi DAP Karpal Singh bagi menjelaskan dasar kerajaan Kelantan berhubung pengharaman judi di Kelantan. Namun dalam masa yang sama, Pemuda UMNO Kelantan meminta Nik Aziz bukan sahaja menjelaskan dasar kerajaan Pas Kelantan sahaja, sebaliknya berbincang dengan DAP untuk mengharamkan segala pusat perjudian di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang ini, ujar Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Annuar Saffian.

”Persoalannya sekarang, kenapa Pas kini boleh berkompromi dengan DAP, satu parti yang selama ini menentang dasar-dasar perjuangan Islam PAS. Kita lihat sekarang, dasar-dasar Pas sejak akhir-akhir ini nampaknya lebih terbuka, akibat daripada tekanan dari sekutu mereka, DAP semata-mata untuk mendapatkan sokongan dari rakyat khususnya orang bukan Melayu.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO kelantan menyokong usaha ini, malah mencadangkan agar Nik Aziz bukan sahaja berbicara soal judi, malah menerangkan dasar-dasar Islam yang mereka perjuangan selama ini termasuk hukum hudud, yang telah ditolak mentah-mentah oleh DAP” ujarnya ketika dihubungi mengulas hasrat Nik Aziz ingin bersemuka dengan Karpal Singh berhubung soal judi di Kelantan.

Dalam masa yang sama, Pemuda UMNO juga mendakwa wujudkan pusat-pusat perjudian haram ‘black market’ yang ada di kampung-kampung yang dikendalikan oleh orang-orang Melayu sendiri di negeri Kelantan.

”Kita tidak mahu pusat-pusat perjudian haram ini berlelusa di negeri Kelantan, kerana ia akan melibatkan orang Melayu dan orang Islam sendiri.

Masyarakat sekarang sedang menilai hubungan intim antara DAP dan PAS ini, yang nampaknya semakin erat hingga PAS sanggup mengadaikan prinsip perjuangan Islamnya, malah sanggup mengetepikan manifesto ’Negara Islam’ dalam PRU ke-12 yang lalu semata-mata untuk menjaga hati DAP,” ujarnya lagi.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment