
Kuala Lumpur, 9 Mac- Langkah dan cadangan kerajaan Negeri Selangor untuk menubuhkan yayasan bagi membiayai kegiatan parti-parti politik di negeri itu yang bermatlamat untuk mengelakkan anggota parti daripada mengambil peluang dengan menggunakan naungan politik bagi mendapatkan projek dan juga menghentikan perbuatan rasuah, merupakan satu tindakan kerajaan negeri Selangor untuk mengaburi dan menutup mata rakyat.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, tindakan mereka ini sekadar mengaburi mata rakyat Selangor supaya apabila mereka menggunakan duit Yayasan untuk kegunaan parti politik supaya rakyat tidak tahu bahawa duit yang digunakan adalah sebenarnya duit rakyat yang diperolehi daripada kerajaan negeri juga.
”Sebelum ini semua rakyat sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri telah menyalah-gunakan duit mereka utk parti PKR. Ini semua adalah hasil nasihat dari penasihat ekonomoi negeri Selangor yang kita tahu banyak tindakannya sebelum ini bertentangan dengan lunas undang-undang.
Kenapa mereka melantik penasihat ekonomi iaitu yang pernah didapati bersalah dari segi moralnya oleh mahkamah. Kerajaan Selangor dinasihatkan supaya memberi tumpuan yang lebih kepada menjaga kebajikan rakyat dan melaksanakan Manifesto 2008 mereka dalam kadar segera dari untuk memikirkan tentang sumber kewangan parti, ” ujarnya mengulas cadangan MB Selangor untuk menubuhkan yayasan bagi membiayai kegiatan parti-pari politik di Selangor.
Tegasnya, jangan bila tiba masa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, baru terhegeh-hegeh nak mengaburi mata rakyat untuk melaksanakan manifesto tersebut.
”Saya kira ianya sudah lambat dan rakyat semua sudah meluat dan benci dengan tipu helah yang tak henti-henti dari pakatan PKR-PAS-DAP ini. Pemuda UMNO Selangor tidak akan membiarkan rakyat terus-terusan menjadi mangsa terhadap tipu helah, penindasan dan mainan politik yang berlebihan oleh pakatan ini. Mereka tidak langsung mencerminkan kejujuran dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat,” tambahnya lagi.


0 Komen
Post a Comment