Kerana Azmin- Pas Bakal Keluar Pakatan….


Sampai hati Azmin kerana kata otak Haji Hadi lembab. Apa perasaan dia apabila dia dah tua nanti dan tidak lagi diperlukan PKR (kalau PKR masih ada ketika itu), orang akan cakap dia otak lembab.

Menurut seorang sahabat blogger, Gelombang Rakyat bahawa Azmin Ali telah membuat kenyataan yang telah menimbulkan kemarahan dalaman PAS apabila mendakwa parti-parti politik yang langsung tidak memenangi kerusi di DUN Sarawak dianggap sebagai parti yang tidak releven dan mengamalkan gaya politik kuno.

Azmin turut mendesak parti-parti terbabit dibubarkan atau menukar struktur kepimpinan yang lebih cergas dan berdaya saing. Pemimpin lama yang dilihat semakin lembap dalam memantapkan organisasi sesebuah Parti politik akan menyebabkan parti tersebut tidak releven. Parti apa yang dimaksudkan Azmin Ali ini?

Azmin mungkin terlupa walaupun pada mulanya mahu menghentam SNAP yang tidak mahu bekerjasama dengan PKR pada PRN Sarawak lalu, bahawa rakan mereka dalam pakatan pembangkang juga tidak menang satu kerusi pun dalam PRN Sarawak, Sabu lalu.

Parti yang dimaksud ialah PAS yang bertanding di lima kerusi DUN, dan hanya menang ‘telur Omega’ pada PRN tersebut.

Ataupun Azmin ‘pukul anak sindir menantu’?

Memang dia nak balun dan merujuk kepada kepimpinan PAS yang diterajui Haji Hadi yang sudah dimamah usia dan mahukan kepimpinan baru yang sealiran dengan perjuangan PKR hari nie, contohnya macam Husam Musa dan Kamaruddin Jaafar yang nampaknya mempunyai darah PKR dalam jiwa mereka.

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment