OMEGA & DNA – Orang Melayu Engkau Gadaikan –Anwar, Dah Nasib Anwar

Perkataan Omega dan DNA mempunyai nilai dan makna tersendiri buat `Anugerah Tuhan’ Kak Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ujar Bekas Setiausaha Pemuda Keadilan Negeri Selangor, Wan Indera Putra Wan Ahmad.

“Secara peribadi saya andaikan Omega bermaksud - Orang Melayu Engkau Gadaikan- Anwar hingga akhirnya DNA- Dah Nasib Anwar, hari ini dia berdolak-dalik dalam menangani segala isu yang dihadapi sejak akhir-akhir ini.

Inilah akibat dari tindakan dan tindak tanduk ‘Anugerah Tuhan’ ini, yang telah mengadaikan maruah bangsa Melayu di bumi Malaysia selama ini,” ujarnya mengulas tindakan Anwar berdolak-dalik dan melenting ketika disoal wartawan baru-baru ini mengenai misteri jam Omeganya.

Sehubungan dengan itu, Wan Indera mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana memberikan jawapan yang ‘kemas dan rapi’ sesuai dengan ‘imejnya’ yang selama ini cukup hebat berbicara tentang kebebasan media, demokrasi, kewarakan sebagai seorang Islam yang disanjung oleh sahabatnya, Dr Yusof Al-Qardawi.

“Itulah ‘ANUGERAH TUHAN’ yang sebenarnya, Anwar tidak mampu untuk memberikan jawapan yang benar, jawapan yang pasti, jawapan yang boleh memberikan keyakinan kepada rakyat, sebaliknya melenting dan mengherdik wartawan apabila sesuatu persoalan itu tidak akan mendatangkan keuntungan kepadanya,” ujarnya.

Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment