Jepun meningkatkan tahap insiden loji nuklear Fukushima Daiichi dari 5 kepada 7 iaitu tahap terburuk.
Ia juga sama dengan krisis nuklear Chernobyl pada 1986.
Jumlah kebocoran radiasi di loji itu sekitar 10 peratus daripada insiden Chernobyl dan sukar untuk ditangani.
Tahap 7 itu bermakna berlaku penyebaran bahan radioaktif secara besar-besaran, serta boleh memberi kesan meluas kepada kesihatan dan alam sekitar.
Oleh itu, langkah dan perancangan sewajarnya perlu diperluas.
Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas satu lagi gempa bumi 6.3 skala Richter menggegarkan bahagian timur Jepun dekat Pulau Chiba.
Sumber: Buletin Utama TV3


0 Komen
Post a Comment