UMNO Terdesak Untuk Menang Di Sarawak?

Moga BN Terus Beri Khidmat Terbaik Kepada Rakyat Sarawak

Baru-baru nie, aku terjumpalah kawan-kawan lama yang bagiku, bukanlah sangat rapat pun namun apa yang aku nak tulis kali nie adalah betapa ceteknya ilmu politik kita sampai kadang-kala mereka nie yang dah hebat pada dasarnya dalam politik pun tak perasan dengan apa yang kita perkatakan….

Secara dasarnya, aku nampak mereka nie memang pro-BN tetapi gaya tutur dan percakapan mereka, sudah terarah untuk kembali memberikan simpati mereka kepada Anwar Ibrahim.

Mereka kata, UMNO terdesak untuk menang di Sarawak hingga Tun Mahathir terpaksa turun berkempen di saat-saat akhir dalam menjamin kemenangan BN di Sarawak.

Kalau tak silap aku, takde sorang pun ahli UMNO yang bertanding kat Sarawak, habis tu macammana plak boleh kata UMNO terdesak untuk menang…. Itu yang konpius tu atau sebab dia lembab ataupun dia geram sangat sebab BN telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak berbanding dengan pakatan pembangkang yang hanya pandai menabur janji.

Yang bertanding di Sarawak adalah Barisan Nasional yang diketuai oleh PBB, SUPP, PRS dan SPDP…. UMNO tak bertanding sebab UMNO takde di Sarawak… Itulah semangat setiakawan dalam Barisan Nasional.

Hahaha!!! Nampak sangat penyokong-penyokong tegar dan penyokong atas pagar PR nie begitu terdesak untuk menyalahkan UMNO, memburukkan UMNO atas kekalahan mereka di Sarawak.

Tahniah kepada BN Sarawak, moga dengan kemenangan ini akan memberikan kekuatan semula untuk memperbaiki kekurangan yang ada, semoga PRN Sarawak ke-11 kelak, BN dapat semula merampas 16 kerusi yang telah terlepas ke tangan pembangkang.

Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment