Anwar Ibrahim, MP & Adun Pembangkang Semuanya WAJIB Letak Jawatan

Kalau ada telorlah, kalau ada maruah diri..... Anwar, semua MP dan Adun dari PKR, DAP dan PAS yang menang pada PRU12 yang lalu WAJIB letak jawatan mereka ....

Mereka memang pada PRU ke12 yang lalu, malah merampas 4 buah negeri, mempertahankan satu negeri tradisi yang dikuasai mereka selain menguasai kerusi-kerusi Parlimen dalam Wilayah Persekutuan.

Sebab apa mereka wajar meletakkan jawatan.... sebabnya mereka sendiri mengakui bahawa pilihanraya tidak bersih, ada pengundi hantu... maka mereka juga menang sebab pilihan raya tak bersih dan yang mengundi mereka adalah HANTU .....

Kalau tak nak letak jawatan, baik hentikan sahaja Perhimpunan Bersih 2.0 yang mereka akan anjurkan 9 Julai ini.

Dalam masa yang sama, bekas sahabat baik malah peguam Anwar sendiri, Zul Nordin dalam blog dia berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib meletakkan segala jawatannya selepas dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk ‘T’ menyerupai Ketua Pembangkang itu.

Pakar dari AS itu juga mengesahkan rakaman video seks terbabit adalah tulen dan tidak ada sebarang ‘tampering’ (diubah-ubah) serta ‘superimpose’ (imej ditindih).

Menurut beliau, bukan itu sahaja, kamera litar tertutup (CCTV) hotel turut membuktikan Anwar dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berada di lobi hotel tersebut ketika tarikh rakaman klip berlaku.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment