Patriot Akan Ambil Tindakan ‘Pihak Ketiga’ Yang Menyamar Untuk Timbulkan Provokasi

Kuala Lumpur, 27 Jun- Kita memang dah jangka, ada wujud kumpulan-kumpulan tertentu yang akan berpakaian seakan-akan penyokong Patriot pada 9 Julai ini demi untuk membuat kucar-kacir dan provokasi yang bertujuan untuk memburukkan nama kumpulan Patriot.

Wakil Kumpulan Patriot, Rizalman Mokhtar berkata, Patriot sudah mendapat maklumat bahawa ada pihak-pihak yang tidak bersama kita, yang mungkin akan memakai baju merah atau memakai baju perhimpunan Patriot yang mungkin mereka ini akan mencetuskan tindakan yang melanggar undang-undang atau batasan dan akhirnya, Pemuda UMNO akan dituduh.

“Jadi di peringkat Pemuda, kita akan pastikan bahawa peserta-peserta kita adalah di kalangan ahli-ahli kita yang kita kenali. Insya-Allah, kita berkeyakinan penuh, kita akan kenal ahli-ahli dan rakan-rakan yang akan bersama dengan kita dalam himpunan Patriot,” ujarnya selepas membuat permohonan secara rasmi untuk mengadakan Himpunan Patriot di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, sebentar tadi.

Dalam masa yang sama, Pergerakan Pemuda akan mengambil tindakan keras termasuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat mana-mana individu yang menyamar sebagai ahli perhimpunan Patriot yang bertujuan membuat provokasi dan suasana tidak tenteram. Ia penting agar nama baik Pemuda UMNO tidak tercemar dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Terdahulu ketika bercakap kepada media, Rizalman memaklumkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO hari ini telah membuat permohonan rasmi untuk mengadakan Himpunan Patriot pada 9 Julai ini.

“Kita di peringkat Pemuda UMNO, kita tidak mahu dikatakan membuat perhimpunan haram pada hari tersebut maka kita membuat permohonan rasmi hari ini, namun permohonan kami masih dalam proses pertimbangan.

Namun dalam masa yang sama, jika permohonan tidak diluluskan, kami tetap akan mengadakan perhimpunan ini dan ianya banyak bergantung kepada penganjur perhimpunan Bersih. Jika perhimpunan Bersih diteruskan, kita akan teruskan juga Himpunan Patriot ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment