
Benarkah Perhimpunan Bersih 9 Julai nie untuk menunjukkan bahawa Pilihan Raya di Negara kita tidak bersih sehinggakan parti pembangkang yang nak bersih tu menang 5 buah negeri pada PRU 13, menang besar di WP serta menidakkan majority 2/3 BN di Dewan Rakyat....
Dalam portal rasmi UMNO, Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini sebenarnya untuk melarikan tumpuan rakyat terhadap isu moral yang sedang dihadapi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, seperti biasa kata beliau Pas akan sekali lagi menjadi kuda tunggangan ketua pembangkang itu bagi menggerakkan agenda halus mereka untuk mengalihkan banyak isu besar terutama kes moral dari kes liwat hinggalah video seks.
Justeru beliau yakin rakyat sedar bahawa perhimpunan Bersih ini didalangi oleh parti politik pembangkang yang kononnya cuba berselindung di sebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Mengenai tindakan Pas yang sanggup bersekongkol dalam perhimpunan Bersih ini apatah lagi di bawah pemimpinan individu yang selama ini menjadi penyokong kuat “murtad”, beliau yang juga Timbala Menteri Kesihatan berkata Pas sekarang dalam keadaan tersepit dan sanggup melakukan apa saja.
Katanya lagi Pas adalah sebuah parti yang tidak lagi memperjuangkan hasrat ahli-ahli mereka.
“Pas sudah terikut-ikut dan hilang arah dan tidak berpegang kepada objektif perjuangan asal mereka. Pas kini adalah sebuah parti pak turut yang hanya akan mengikut gendang yang dipalu rakan pakatan mereka.
“Sebuah parti yang kononnya memperjuangkan agama Islam telah menjatuhkan maruah mereka sendiri hanya kerana mahu berkuasa dan menguasai kerajaan. Kita tidak hairan kalau mereka sanggup menipu ahli mereka selama puluhan tahun tentang perjuangan negara Islam, mereka juga tidak ragu-ragu untuk mengikut telunjuk kumpulan yang selama ini menentang Islam secara terang-terangan,” jelas beliau.


1:35 PM
Aduiiii, tak sedapnya tajuk. Takde bersihnya. Kalau untuk mengalih perhatian rakyat tu ok gak. Sebenarnya nak menutup bangkai si nuar.