Kluang, 16 Jun: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembangkang mungkin sengaja mahu mereka ditangkap dalam penganjuran demo Bersih yang dijadualkan 9 Julai ini.
”Mungkin lebih ramai yang akan keluar berarak kalau pemimpin mereka ditangkap. Dari aspek keselamatan, polis kita akan bertindak mengikut lunas undang-undang.
Itu hak polis utk melaksanakannya. Dalam aspek politik pula, pembangkang mungkin sengaja mahu diri mereka ditangkap. Sehingga kini, sebanyak 300 laporan telah diterima - ada yang pro tetapi kebanyakan menolak demonstrasi tersebut,” ujarnya ketika bercakap kpd media selepas menyempurnakan majlis kenaikan pangkat 45 org pegawai kanan Jabatan Penjara di Penjara Kluang.
Mengenai penggodam web, siasatan dibuat oleh Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.
”Kerajaan tidak mahu sistem yang ada kaitan dengan keselamatan negara terlepas kepada sindiket dan pihak pengganas,” ujarnya yang juga Menteri Dalam Negeri.


0 Komen
Post a Comment