Perhimpunan Bersih- Petekma Lapor Polis Risau Pendapatan Pemandu Terjejas

Kuala Lumpur, 16 Jun- Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung penganjuran perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini, yang dikhuatiri sekali lagi mengugat ketenteraman awam, seterusnya akan memberi kesan kepada 31,000 pemandu-pemandu teksi di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.

Timbalan Presiden Persatuan, Syahril Aziz berkata, dengan adanya 31,000 pemandu teksi di Lembah Klang ini, pendapatan mereka akan terjejas dengan perhimpunan Bersih ini.

”Pengalaman kami pada 2007 (Bersih 1), kami mendapat kerugian yang amat sangat. Tak dapat bawa teksi, tak dapat bekerja, ada ahli-ahli kami nak bayar duit sewa teksi pun tak mampu,” ujarnya kepada pemberita selepas laporan polis dibuat di IPD Dang Wangi.

Sehubungan dengan itu, pihak persatuan berharap agar pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur. Perhimpunan ini bukan sekadar perhimpunan yang membawa kebaikan sebaliknya kesan yang cukup buruk akan dihadapi oleh ramai orang.

”Negara kita ini merupakan negara yang bersih. Pelancong yang datang ramai, tetapi dengan adanya perhimpunan seperti ini, dulu masa Bersih 2007, kesannya selama enam bulan. Enam bulan pelancong tak masuk ke Malaysia ini, barulah sekarang pelancong mula kembali melancong dan membeli-belah di negara kita ini, janganlah kacau pendapatan kami,” tambahnya lagi.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment