
Umum sudah mengetahui bahawa Pesuruhjaya Pas Selangor kini tidak lagi disandang Datuk Dr. Hassan Ali sebaliknya ADUN Meru, Dr Hj Abd Rani Osman dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru.
Ia juga merupakan satu lagi kemenangan DAP Selangor, untuk menjahanamkan Hassan Ali. Satu kemenangan paling bermakna buat DAP, menidakkan keupayaan dan kewibawaan Hassan Ali.
Jika sebelum ini, terdapat usaha-usaha dalaman PAS Selangor sendiri yang mahu membuang Hassan Ali. Usaha terakhir yang dibuat ialah menghentam dan mendesak kerajaan negeri agar Konsert MTV World Stage yang akan diadakan pada 24 Julai akan datang. Usaha ini diketuai Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.
Kononnya Hassan Ali sebagai EXCO Kerajaan Negeri yang mewakili PAS gagal menghalang kerajaan negeri dari terus dengan rancangan mengadakan Konsert MTV World Stage, kerana sepatutnya sebagai EXCO Kanan, Hassan Ali mampu menghalang dan memberikan nasihat kepada Menteri Besar dan barisan EXCO yang lain kesan hasil penganjuran konsert tersebut.
Namun, dengan pelantikan Dr Hj Abd Rani Osman sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, menyebabkan Khalid Samad nerendam air mata, hasil penjuangannya gagal memikat hati Presiden Parti, Haji Hadi Awang untuk melantiknya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor mengantikan Hassan Ali.
Kesian-kesian, kesian sungguh aku dengan Khalid Samad ini, impian yang diimpi, hanya tinggal harapan.


1:25 PM
Padan muka Hassan Ali. Tak mau masuk UMNO ka?