
Apa yang nak dibanggakan dengan mereka, maki-hamun dan persalahkan UMNO jadi perbahasan Muktamar ….
Kuala Lumpur, 6 Jun- Apa yang boleh kita harapkan melalui Muktamar PAS Tahun 2011, tiada apa yang dibincangkan untuk kebaikan Islam dan orang Melayu melainkan kepimpinan dan perwakilan PAS yang begitu hebat menghentam UMNO dan BN selain mempertahankan isu video seks ketua pembangkang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, mereka sibuk mempertahankan isu video ketua pembangkang sedangkan pendedahan video itu dibuat oleh bekas rakan karib Anwar sendiri, hal ini tidak ada kena mengena pun dengan perjuangan asal PAS.
“Mereka menyepikan soal Negara Islam, Hukum Hudud, slogan ‘Membangun Bersama Islam’, tidak seperti biasa sebaliknya mereka tampil dengan tema baru ‘Negara Berkebajikan’. Tema baru yang wujud semata-mata mengaburi mata pengundi, tetapi dalam masa yang sama tidak membahaskan secara terperinci berdasarkan realiti dunia tentang 'negara kebajikan' yang di'tawar'
Jika diteliti dan dihayati secara mendalam, dalam Muktamar kali ini juga mereka tidak membahaskan arah tuju untuk menegakkan Islam di dalam kerajaan campuran mereka bersama DAP dan PKR, ini kerana kerajaan BN dah sekian lama laksanakan dasar Islam dalam kerajaan BN,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang.
Ujarnya, konsep negara kebajikan yang kini diperjuangkan PAS sudah lama dipraktikkan oleh kerajaan BN. Kalau PAS mengatakan hari ini mereka nak meninggalkan perjuangan negara Islam dan mereka nak menegakkan negara kebajikan,
“Akhirnya mereka menerima realiti


12:37 PM
macam mana umno nak menang di selangor? tak ada idea baru. asyik tuduh pemimpin pas 'maki hamun' dalam ceramah. rakyat menilai ceramah umno 'selamatkan selangor' dan ceramah pas ' selamatkan malaysia'. yg maki hamun tu ternyata dalam ceramah umno.