Kekalkan Jawatan EXCO Hassan Ali, Khalid Ibrahim Sekadar Nak Jaga Hati


Kuala Lumpur, 15 Jun- Umum sudah mengetahui bahawa Pesuruhjaya Pas Selangor kini tidak lagi disandang Datuk Dr. Hassan Ali sebaliknya ADUN Meru, Dr Hj Abd Rani Osman dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru.

Hakikatnya, ia juga merupakan satu lagi kemenangan DAP Selangor, untuk melenyapkan Datuk Dr Hassan Ali, yang selama ini nampaknya tidak sehaluan dengan keputusan dalam kerajaan negeri dan di pihak pakatan PKR-DAP-PAS, satu kemenangan paling bermakna buat DAP, menidakkan keupayaan dan kewibawaan Hassan Ali.

Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, walaupun terdapat desakan pihak-pihak tertentu agar Hassan Ali dikeluarkan dari barisan EXCO kerajaan negeri, namun kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalib Ibrahim untuk terus mengekalkan Dr Hassan Ali sebagai EXCO.

”Apa sebenarnya sandiwara yang dimainkan sekarang. Mungkin ada pihak melihat keenganan Tan Sri Khalid ini akan menyebabkan beliau akan diberikan tekanan oleh kumpulan Erdogan yang kini menguasai PAS, namun saya beranggapan keputusan yang dibuat Tan Sri Khalid ini sebenarnya merupakan satu tindakan menjaga hati Dr Hassan Ali.

Mereka kini sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum, maka mereka tidak mahu sebarang keputusan dan tindakan drastik mereka akan menjadi senjata yang boleh merosakkan pakatan mereka,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Budiman turut melihat peranan PAS dalam pentadbiran kerajaan Selangor sekadar kuda tunggangan kepada PKR dan DAP.

”Mereka tidak mempunyai apa-apa peranan. Contohnya soal penjualan arak di Selangor, walaupun ditentang hebat pada awalnya oleh PAS dan Hassan Ali, namun akhirnya mereka terpaksa akur dengan tindakan dan keputusan Ronnie Liu untuk terus membenarkan penjualan arak-arak ini, dan memulangkan semula arak-arak yang telah dirampas oleh penguatkuasa JAIS kepada premis terbabit,” tambahnya lagi.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment