Tindakan Tangguhkan Kes Liwat Anwar Boleh Dijadikan Contoh Kepada Kes Jenayah Lain


Kuala Lumpur, 8 Jun- Sampai bila kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saiful Bukhari akan selesai kalau tertangguh dan terus tertangguh.

EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shohaimi Shahadan berkata, apa yang dibuat Anwar Ibrahim merupakan satu strategi untuk melewatkan-lewatkan kes perbicaraan liwatnya terhadap Saiful Bukhari.

“Sepatutnya, kes perbicaraan ini disegerakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membuktikan dirinya benar-benar tidak bersalah sebagaimana yang beliau war-warkan sebelum ini, bukannya lari dengan cubaan menangguhkan kes, menukar hakim dan sebagainya.

Apa yang nak ditakutkannya kalau benar dia tak bersalah. Apa yang beliau sedang lakukan ini boleh dijadikan contoh kepada jenayah-jenayah lain, dengan mencontohi sikap Anwar menangguhkan kes-kes yang sedang dihadapi mereka, akhirnya banyak kes akan tertangguh,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Dalam masa yang sama, tindakan ini menyebabkan kewibawaan institusi kehakiman negara tercalar. Janganlah sampai rakyat dan orang awam tidak lagi mempercayai insutusi kehakiman negara, lantaran kes yang terus tertangguh semata-mata individu atau ‘orang kena tuduh’ adalah seorang kenamaan dan ahli politik yang elit.

“Sehubungan dengan itu, saya berharap agar Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu lagi lagi berdolak-dalik dengan menangguhkan perbicaraan kes liwatnya, jika sebelum ini beliau enggan menyerahkan DNA, enggan bersumpah laknat menafikan penglibatannya dalam kes liwat dan video seksnya, maka beliau hendaklah berani menyelesaikan segala tuduhannya di meja perundangan.

Percepatkan bicara kes bagi membuktikan beliau tidak bersalah, jangan berdolak dalik kerana rakyat mahu tahu kebenaran, dan Saiful Bukhari juga mahukan keadilan terhadap dirinya yang menjadi mangsa liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment