Agenda Halus Halau Rakyat Miskin Dari Pulau Pinang

Tindakan kerajaan DAP Penang lengah-lengahkan kelulusan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana yang mahu dilaksana kerajaan pusat buktikan mereka tidak prihatin dan tidak ikhlas membantu rakyat yang memerlukan selain sebagai taktik halus mereka menafikan hak rakyat yang kurang berkemampuan di negeri itu.

Mereka menyalak bagai anjing menyalak di tepi bukit, mengatakan mereka mementingkan kebajikan rakyat, malah rakan sekutu mereka, Pas sendiri baru-baru ini tampil dengan Negara berkebajikannya namun apa yang berlaku hanya “indah khabar dari rupa”.

Malah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dalam UMNO-Online melihat Ini adalah satu politik halus DAP yang mahu menghalau rakyat miskin dan yang kurang kemampuan untuk memiliki rumah dan tinggal di negeri itu.

“Mereka (kerajaan DAP) sengaja mewujudkan karenah birokrasi sehingga menyebabkan proses membina rumah berkenaan tergendala. Mereka tidak sepatutnya meletakkan pelbagai syarat jika benar-benar mahu membantu rakyat miskin”, katanya kepada UMNO-Online semalam.

Jelasnya, empat agensi di bawah kerajaan persekutuan iaitu Perda, UDA Holdings Berhad, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan JKP Sdn Bhd. Perda perlu melalui karenah birokrasi di dalam memohon kelulusan projek tetapi sekiranya permohonan pihak swasta, dengan mudah mendapatkan kelulusan daripada pihak Berkusa Tempatan (PBT).

Jelas beliau lagi semasa Pulau Pinang di bawah Pemerintahan Barisan Nasional (BN), empat agensi di bawah kerajaan persekutuan ini telah berjaya membina 1500 unit rumah kos rendah dan sederhana untuk rakyat Pulau Pinang mendapat hidup yang lebih selesa.

“Tetapi sepanjang tiga tahun DAP memerintah Pulau Pinang, tiada satupun rumah kos rendah yang dibina oleh mereka. Penang Development Corparation (PDC) yang ditubuhkan oleh Kerajaan BN dahulu untuk menguruskan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana, kini juga telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan hanya membina rumah yang berharga RM400 ribu ke atas.

“Kerajaan BN juga dahulu telah meletakkan syarat kepada semua pemaju rumah mewah harus membina 30 peratus rumah kos rendah dalam projek mereka. Inilah perangai DAP yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib rakyat”, ujarnya.

Apa yang sedang berlaku kini tegas beliau memperlihatkan kerajaan DAP Pulau Pinang sanggup melihat rakyat hidup susah dan terus melarat kerana tidak mampu membeli rumah mewah yang tumbuh bagi cendawan di negeri itu.

“Untuk mengaburi mata rakyat, kerajaan negeri umumkan imbuhan RM100 kepada setiap bayi yang baru lahir dan warga tua. Ini semua tipu muslihat mereka.

”Apa yang sebenarnya dilakukan ini tidak adil untuk rakyat golongan rendah dan sederhana. Sekiranya rumah kos rendah tidak dibina, bagaimana golongan yang tidak berkemampuan ini mahu memiliki rumah sendiri,? katanya.

Kesimpulan daripada tindakan kerajaan DAP ini kata beliau lagi membuktikan mereka lebih utamakan towkey-towkey mewah dan golongan kaya sedangkan rakyat bawahan dilayan seperti kucing kurap.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment