
KUALA LUMPUR 25 Julai – Pemimpin pembangkang hari ini dibidas agar tidak menjadi manusia “lidah bercabang“ kerana masih lagi mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu membunuh diri.
Pemerhati politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata tindakan mereka terus mempertikai keputusan tersebut adalah sesuatu yang cukup pelik dan membuktikan mereka hanya berniat untuk mempolitikkan isu tersebut semata-mata.
Menurut beliau pembangkang sebelum ini begitu lantang mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya berkenaan selepas inkues diadakan, namun lain pula pendirian mereka sejurus rumusan dibuat oleh suruhanjaya berkenaan berhubug perkara tersebut.
“Sebab itulah saya katakan mereka ini lidah bercabang…. Dulu cukup lantang desak kerajaan tubuhkan suruhanjaya tersebut, namun setelah keputusan dibuat, mereka masih lagi tidak puas hati.
“Cukuplah dan usahlah terus menjadi manusia lidah bercabang. Bukankah ahli panelnya adalah dengan perkenan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan suruhanjaya berkenaan adalah badan yang tertinggi serta bebas,“ katanya kepada UMNO-Online.
Beliau diminta mengulas reaksi pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak mempercayai rumusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada pihak media dan orang ramai.
Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock itu merumuskan bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu membunuh diri dengan terjun dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam.
Dr Zainal seterusnya menegaskan semua pihak harus menghormati keputusan yang dibuat oleh badan tertinggi dan bebas itu.
“Mereka yang tidak berpuas hati gunalah saluran undang-undang yang betul dan bukannya mempertikaikan sesuka hati. Dan saya sarankan kerajaan agar melihat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terus menyerang dan memfitnah suruhanjaya tersebut,“ katanya. -MediaUMNO


11:42 AM
Lidah berbelit ?
'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/
Undi BN Undi HARAM- Media BN Media Porno. FUCK Pemimpin BN. Pemimpin BN mcm PUKIMAK.
http://blog1Malaysia.blogspot.com/